Pink Lollipop

Saturday, December 8, 2012

"rindu kamu"

Ya Allah rindunya rasa kat bumi maahad.
Rindu nak "homesick". Rindu nak basuh tray. Rindu nak beratur kat kantin. Rindu nak makan keropok ramai-2. Rindu nak nasyid asmaul husna pagi-2. Rindu nak baca al-Quran sebelum start kelas. Rindu semuanya ! ! ya saya RINDU kat maahad sangat-2.


Form4 saya mula masuk maahad. Mula hidup berjauhan dengan keluarga. Masa ni juga saya pernah jadi budak skema. Takut nak langgar peraturan sekolah. Masih segar di ingatan ini saat-2 manis bersama kawan-2. Saya belajar erti persahabatan, kepimpinan, kejatuhan, berdikari, kasih sayang dan sebagainya.

Buat semua budak kelas 5 Khadijah 5 batch 2011. Saya amat merindui kamu semua. Rindu nak belajar, bersaing, cemburu antara satu sama lain, nak buat experiment dan macam-2 lagi !
1st buat nur izzati bt ahmed kawan rapat saya, duduk sebelah lagi taw. "ore tak akan lupakan tie ! rasa kelakar pulak kan kita duduk sebelah kita tapi saling bersaing antara satu sama lain. Kita saling cemburu bila salah seorang daripada kita ni dapat markah tinggi. Hehehe tapi sweet sgt-2 ! Tie. thanks sebab ajar ore erti perrsahabatan eh?? ore doakan tie bahagia dunia dan akhirat serta menjadi orang yang berguna untuk masyarakat atau ummah. Amiin. ^^ "

ni laa warkah untuk saya dari dia.seminggu sebelum SPM !

2nd untuk Farah Amalina bt Hamdan, budak yang nakal selalu jea curi-2 cium pipi ini disebabkan tu awak terkena sengatan lebah dari tangan saya *kuat betul main ayat sebenarnya nak cakap farah kena cubit jea. bhahaha "Farah. Aku nok oyak nih. mung pom banyok ajar aku erti kehidupan dan persahabatan. Benda yang tak boleh lupa ialah bila aku ngaju mung pujuk aku dengan dadih epal hijau. Sedap dan manis semanis orangnya. Farah mung pom aku doakan mung bahagia di dunia dan akhirat. Nanti masuk laa uia eh. Mudah-mudahan result STAM mung comel dan gempak. MUMTAZ. InsyaALLAH :3 "

warkah dari farah. ^^

3rd untuk Hana Sofia bt Hakimisa. Erkk betul tak tahu saya eja nama hana tu. hoho Hana maaf la kalau salah. Hana ni lepas SPM dia terus senyap tanpa khabar dan berita. Dengar-2 dia pergi Darul Quran. Wallahualam. "hana ! Saya bangga ada kawan macam awak ! sibuk-2 awak pun awak pandai bahagikan masa awak. Syabas hana. Saya doakan awak success sokmo laa tak kira di mana jua awak berada "
dari hana. :)

4th untuk semua laa 5 Khadijah 5. Tak larat nak tulis semua. 40 orang semuanya. huh ramai sangat-2. " Saya sayang dan rindu kamu semua. Kamu semua memang yang terbaik. Saya doakan kamu semua jadi anak yang solehah, hamba yang bertaqwa kepada Allah serta berjaya di dunia dan di akhirat "

Akhir sekali untuk semua hamba Allah di muka bumi ini. Jadilah khalifah Allah serta hamba yang kuat beribadat kepadaNya. Sentiasa betulkan niat kita tak kira walau apa pun yang kita lakukan. Lakukan ia hanya sebab Allah Taala dan agama kita. Sebarkan lah dakwahmu. InsyaAllah !

Maafkan diri ini jika ada melakukan salah dan silap.
Salam ukhwah.
Assalamualaikum w.b.t
Allahuakhbar!!

Thursday, November 8, 2012

Sakit!!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan saya pun selamat dari ketumbuhan yang tidak memberi manfaat langsung  kepada saya. Hari ni saya nak kongsi bukan sedikit dan banyak kot. Hehehe Ok jom.

Segalanya bermula pada tarikh 23.10.12 pagi tu saya bangun pukul 5 lagi sebab nak kejutkan kawan saya yang kena siap awal-2 sebab abang dia nak hantar dia balik naik flight lepas subuh lagi. Lepas subuh tu saya sorang-2 jea ada dalam bilik tu sebab yang lain dah check out dah. Yea laa kan cuti sem. So bilik tu memang  tinggal barang-2 saya jea laa. Usai solat subuh semua, perut saya belah kanan terasa amat-2 sakit tak tahu nak explain macam mana rasa sakit tu. Hari tu jugak laa saya exam physics 1 pukul 9 pagi. Tepat pukul 8.30 pagi tu saya call classmate saya yang duduk satu bangunan dengan saya minta minyak. Fini pun datang kat bilik saya bagi ubat tu, usai sudah sapu ubat saya gagahkan diri saya untuk pergi exam. Jujur saya cakap time tu memang rasa sakit sangat-2 nak jalan pun tak larat.


"Nabiilah kuat, nabiilah kuat, ya Allah tolong lah hamba mu ini. Allahuakhbar!!!" hanya kata-2 tu yang mampu saya ucapkan. Saya teruskan perjalanan saya. Alhamdulillah sampai juga di dewan al malik faisal. Sampai kat situ saya langsung tak kisah pasal revision yang saya tahu cepat laa habis exam. Ya Allah memang tak larat dah rasa. Memang kat luar dewan tu saya duduk jea tak larat nak berdiri. Masa exam tu saya jawab setakat yang mampu jea. 3 jam bertarung dengan ilmu ditambah lagi dengan rasa sakit tu. Tapi bila duduk lama-2 kat atas kerusi tu saya rasa dah kurang sakit laa pulak. -.-' hahaha pelik.



Yaey MERDEKA!! rasa sakit pun dah kurang. Alhamdulillah. Habis jea exam saya terus balik ke mahallah pergi kiosk beli sebotol kecil minyak angin cap kapak, sekeping cadbury (hajat di hati nak bagi kat seseorang), dan senaskah akhbar metro. Selera time tu memang pelik, biasa-2 saya akan beli nasi tapi hari tu tak. Maybe sedih sebab kena tinggal kat roommates sorang-2. Entah laa labu. Disebabkan rasa sunyi tu terlalu tinggi saya pun lepak sorang-2 kat depan mahallah khadijah tu. Bila rasa dah bosan lepak tu saya naik ke bilik saya.



 Time ni laa saya menangis teresak-esak *tak nak cerita kenapa.kalau boleh tak nak ingat. Pelan asal malam tu nak tidur kat mahallah zainab dan malam keesokannya balik kelate naik bas kat putra. TAPI semuanya telah berkucai. Saya balik dengan pak saudara saya malam tu jugak. Alhamdulillah selamat sampai kat kelate pukul 2 pagi. Pukul 1230 tengahari *time nak mandi tiba-2 perut saya rasa sakit lagi. ya lebih sakit dari semalam sampaikan saya tak boleh jalan langsung tapi saya gagahkan diri ini untuk masuk ke bilik saya.


Tahan punya tahan sampai laa saya meraung panggil ummi saya. "ummi!! sakit sakit sakit" ummi cepat-2  datang ke bilik saya lepas tu terus call abah saya. Alhamdulillah time tu abah saya kerja kat pejabat dia. Ummi dan abah papah saya masuk dalam kereta. Nak jalan?? memang tak boleh. Sampai laaa kat klinik perdana. Abah saya tak nak bawa saya pergi kat kecemasan sebab lambat katanya.


Ok time ni rasa lawak pun ada geram pun ada. Saya tengah sakit-2 nih baru jea duduk atas kerusi dalam bilik doktor tu abah saya terus cakap kat doktor yang saya hari tu dapat bla bla bla tapi tak pergi. Doktor nih pulak jenis naik hangin selalu bila cakap pasal kerajaan-2 nih. Sambil-2 tu boleh lagi dia cakap "insyaAllah ni bukan apendiks kemungkinan air kencing kotor."
Rasa nak tampar jea doktor tu *aku yang tengah sakit tahap kritikal nih dia boleh lagi borak-2.huh dugaan-2. Dia cek perut dia kata air kencing kotor lepas tu dia cocok saya weh dah laa kat bontot.


Erghhhh sakit. :(
doktor tu cakap kalau sakit lagi dan muntah-2 kena bawa pergi hospital.


Petang tu,........
to be continued
k kite sambung esok-2 laa pulak lenguh tangan nak menaip nih.panjangggg lagi cerita nih. hihihi
tata~
salam ukhwah.. ^_^

Tuesday, October 30, 2012

insyaAllah selamat~

Ya Allah~
Kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa nenek moyangku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-2 ku, dosa sahabat-2 ku, dosa semua muslimin dan muslimat samaada masih hidup atau sudah meninggal.


Ya Allah~
Jika ini satu ujian dariMu untukku. Aku terima ya Allah. Mungkin dengan cara ini Kau hapuskan dosa-2 ku yang lalu. Sesungguhnya aku berserah diri kepadaMu.


Ya Allah~
Kuatkanlah semangatku. Ya. Aku tak boleh lemah. Nabiilah binti Mat Yusoff kuat!!! :))


InsyaAllah semuanya akan selamat.. Ingat Allah selalu.. 
"alaa bizikrillah tatmainnul qulub"
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang~


Subhanallah~


Allahuakhbar~


Kawan-2,
Esok saya akan menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan di dalam perut saya.
Doakan saya selamat dan cepat sembuh.
InsyaAllah~ semuanya akan berjalan dengan lancar.

Sebelum tu, saya nak minta maaf banyak-2 jika saya ada tergorekan hati awak-2 semua tak kira laa saya sengaja atau tak sebab saya ni hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. Namun jika awak-2 semua nampak kesalahan saya tu cepat-2 laa tegur. Lets amalkan nilai tegur menegur ni. :)



Saya SAYANG awak semua!!!! :')



doakan saya cepat sembuh.



Setiap benda yang berlaku kat atas dunia ni pasti semuanya ada hikmahnya tersendiri. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.



Salam ukhwah.. >.<

Saturday, October 6, 2012

Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam

Assalamualaikum..
Hai sekarang ni saya sibuk sebab dah nak final dan dah lama dah tak ber"online".
ni pun online kat library. Untung UIA ada wifi yang laju sangat-2. Tak terucap kata syukur itu. Kahkahkah
K stop!

Minggu lepas, saya dan kawan-2 saya pergi bukit cerakah! Best sangat-2. Bawah kelab pe benda nama dia entah. *lupa. Explorace dapat no.2
Huh. memang tak puas hati laa sebab tak dapat no.1. Lepas explorace kita orang berbasikal. Naik bukit turun bukit sampai cramp kaki-2. Awalnya classmate ajak join aktiviti ni orang ni tak nak ikut. Jual mahal konon. Last-2 orang ni yang paling happy bila pergi sana.

Sebenarnya malas nak taip panjang-2 nak cerita satu persatu ni so tengok gambar jea laa. Sebelum tu sorry laa sebab ambil gambar ni guna kamera telefon jea.

Tadaaaaa~ :))


muka-2 excited nak ber"cycling".


classmates laa ni weh.





sibuk jea dua orang depan tu..kah-3












fini dan nadiah.


oren dan hijau..





ketua kumpulan mushhhhhrooommm!!


semangat nak ber"cycling" berkobar-2


baru jea naik satu bukit dah penat dah. Siap makan lagi tu. Chips..chips..chips..


penat...





comel!!!


afini.. :)


hani...

bye-2

ini lah kehidupan.. :))
pahit manis mengajar kita kesyukuran dan kesabaran.

Salam ukhwah..
Tata~

Sunday, September 16, 2012

the species

Assalamualaikum. :)

Hai!! setelah sekian lama tak berblogging akhirnya hari ni dapat seru. :)
OMG!! OMG!! OMG!! korang semua tahu tak? sekarang ni saya sepatutnya buat TUTORIAL MATH!!
disebabkan terlalu rajin untuk berblogging laa ni saya abaikan TUTORIAL saya tu. yeah i knew Nabiilah Yusoff! she is a very freaky girl.

Kali ni saya nak kongsi pasal the species of people which are i dont like! triple dislike!


1st~ the KEDEKUT. Tak suka ahh orang kedekut nih. seyes benci tahap gabang~ Tambah-2 dia tu kawan saya. Makk aihh sakit hati. Eg : sorang tu rela tak makan even she has a money and its enough for her pays her makanans! but some night. I asked her, tak lapar ke?? she answered, lapar laa weh. So saya pun ajak laa dia pegi cari makanan but she is a too lazy person. hufffff apa laa nasibku. Bila makanan dah terhidang, tahu tak dengan muka tak malu nya dia minta makanan gua weh. Panas gua. Erggghh sakit hati! Suka menumpang makanan orang! Orang dah ada duit tapi tak nak guna duit. sayang laa duit tu. Macam laa duit dia tu tak akan habis.



2nd~ the PERASAN. Bila dia rasa dia sempurna padahal semua manusia ni tak akan ada yang betul2 sempurna except Nabi. Eg : bila ada kelebihan sedikit dan mahu tonjolkan kelebihan tu. Ok let me direct, perasan tu pandai! huh dia sebenarnya nasib jea dapat markah quiz hari tu tinggi lepas tu, nak bangga-2 kan diri lak. cakap faham macam ni laaa macam tu laa.



3rd~ the EGO. Ego ni seseorang tu yang susah sangat nak mengalah. Eg : Sorang tu duk citer pasal bola padahal saya sendiri yang tengok show bola tu secara live kat tivi. Bola tu menag 3-1. Saya citer laa kat dia yang saya tengok bola and cakap laa keputusan dia. Lepas tu dia bakang, dia cakap "dop laa weh, seri weh. 0-0. aku tahu laa aku minat bola". So, terpaksa laa mengalah sebab kita ni bukannya tahu sangat pon pasal bola nih. Sian saya. huhuhuhuhu T_T


Cukup laa sampai 3 jea. nanti saya sambung lagi. Penat + nak buat tutor lagi. K salam ukhwah.
>_< \/

Tuesday, July 31, 2012

Cemburu

Assalamualaikum w.b.t tabik spring laa kat saya ni sebab hari ada quiz masih sempat lagi nak berblogging bagai. Alahai sejak akhir-2 ni saya tak tahu laa kenapa. Saya mudah sangat untuk cemburu. :( Mungkin ni satu ujian daripada Allah kot. Yea laa nak tengok saya ni bersyukur ke tak dengan apa yang saya ada sekarang ni.



Let me tell you something, actually saya bukan nak cakap pasal cemburu sangat pun tapi tak tahu nak buat tajuk apa jadi saya buat laa cemburu. k stop it! I do not even know what my heart feels right now. Sometimes when i saw him i feel scared, nervous, happy. Am i fall in love right now??? Ya Allah jauhkan lah aku dari zina hati Ya Allah. Kasihku padaMu pun belum cukup lagi ni apatah lagi nak kasihkan kepada lelaki dah laa masih lagi bergelar sebagai pelajar. Tolong kautkan imanku ya Allah agar aku tak kalah dengan nafsu ini. :(

Umur pun baru jea setahun jagung ada hati nak bergewan2 bagai. Hoi bilah! sedar diri kau tu. Cermin diri kau tu dulu sebelum kau nak gewe-2 nih. Layakkah kau dicintai?? Perangai pun buruk. Yea..yea..saya sedar!! saya memang tak layak dicintai.! Jangan mudah mengalah laa. Bilah kuat!! Tapi kan..emm laki yang saya suka tu dah nak pergi jauh dah dia nak g timur tengah. Maybe ni last kitaorang jumpa. Kalau laa si dia ni sedang membaca blog ini macam mana?? tak ke malu kau bilah. Yea laa sebab kau terhegeh-2 nak kat dia tapi dia tu belum tentu lagi suka kat kau. Lantak dia laa ni blog bilah punya bukan blog dia punya.hahahaha Apa laaa yang aku merepek ni! aaaaa tension kot. Lantak laaa kau cinta!!!!!!!! wat aku jadi )!*^#!@#5(   jea. Sekarang fokus!!! study-2.. Lepas study baru laa fikir pasal ni. kalau jodoh tak kan ke mana punya. Ok laa setakat ni jea kot kekoksean post saya hari ni..hahaha ok laa see you.. Selamat berpuasa!! =,='


Tuesday, July 17, 2012

اهلا و سهلا يا رمضان.....



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Ya Allah sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa dah kita. Cakap pasal Ramdhan ni, bersediakah wahai kawan-2 ku semua untuk menghadapi ramadhan ini??? Bagaimana pula persiapan kita ek???emm semua tu awak kena muhasabahkan diri anda..tanya balik pada diri anda..bersediakah dan bagaimanakah persiapan kita untuk ramadhan ini. Harap-2 ianya akan menjadi yang lebih baik daripada ramadhan yang lepas-2. InsyaAllah. :) tak sabar rasanya nak solat terawih.huhuhu




Ramadhan merupakan bulan yang amat mulia sebab segala amalan kita yang kita lakukan pada bulan ramadhan ni kita akan dapat ganjaran yang lebih berganda daripada yang sebelum-2 ni. Waaah kan best macam tu. :) Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ini, contohnya peristiwa turunnya Al-Quran dan malam lailatul qadar. Peristiwa nuzul Al-Quran ini berlaku pada 17 Ramadhan dan seperti yang kita tahu Al-Quran itu merupakan pedoman bagi umat Islam. Ingat lagi tak wahyu apakah yang first sekali yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW???? Haaaa pandai pun, yang iqra' tu kan. Surah Al-alaq ayat 1-5 kan??? Yup betul ayat 1-5. :) Kejap2 di manakah peristiwa ini berlaku??? kat GUA HIRA' JABAL NUR!!!! terbaik...betul tu..Subhanallah pandainya kamu semua. Alhamdulillah.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam kemulian(lailatul qadar). Tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan, sampai terbit fajar."
Doa saya untuk awak semua. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatul qadar ini dan amat bertuahlah bagi orang yang memperolehi keberkatan sepenuhnya daripada malam ini dengan cara menghabiskan masanya dengan beribadah kepada Allah.




Banyak lagi sebenarnya tapi yang terlintas difikiran saya buat masa ini tu jea.huhu maaf ek. Sama-2 laa kita memperbaikikan amalan kita serta memperelokkan lagi amalan kita pada bulan ramadahan ini. InsyaAllah.

Ok laa tu sahaja dari saya. Salam ukhwah. ^_^



Friday, June 15, 2012

Nasi Kerabu...

Assalamualaikum.
Alahai tiba-2 pulak hari ni rasa macam nak makan nasi kerabu lak. Ni semua Pak Uda punya pasal laa ni. Dah laa orang tengah lapar sedap-2 dia jek post pic nasi kerabu. Mau tak kempunan. Aaaaarrr nak nasi kerabu!!!!! huhuhu tadi pergi cari kat cafe CFS IIUM ni, tak ada pun. Ah sedih laa macam ni. Emm Nasi kerabu oh nasi kerabu.. :( Kat KL susah sangat nak makan nasi kerabu ni..tension betul.huh emm apa pun kita tunggu jea laa maybe hari ini tak ada rezeki lagi kut. 
K bye-2
SALAM UKHWAH.

Monday, June 11, 2012

S.A.B.A.R

Ehem-3 testing-2 one two three..one two three..
Ok!!! Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarrakatuh.. Jawab ek salam tu kalau tak jawab dosa taw. Betul dosa. Tak tipu langsung pun. Hah?? tak caya?? kalau tak caya pergi tanya ustaz atau ustazah. huh.



Emm kawan-2 sebenarnya kan hari ni saya sedih sangat-2 taw. Setelah sekian lama mata ni tak mengalirkan air mata akhirnya hari ini juga dia keluar. Entah pape laa. Rasa macam bod*** jea nangis sebab tak dapat IPG!!!! Huwwwaaaaaaaaaaaaaaaa sedih!!!!! Tipu laa seseorang tu tak sedih kalau dia tak dapat apa yang dia nak kan?? Sama laa situasi yang berlaku kat saya hari ni. Tapi kita tak leh asyik sedih jea, kita kena sabar. Maybe ada hikmah disebalik semua ni. Ingat Allah sayang kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia dah rancang semua nye. Ok yang IPG dah selesai. Saya dah redha. :) Abah cakap sabar dan redha!! Saya kena dengar cakap abah sebab abah betul.100% betul!!!! huhuhu



Selepas beberapa minit selepas tu ceeehh ayat BM pun dah tunggang langgang dah ni. Berat2. Saya dapat mesej dari kawan saya yang result English Placement Test(EPT) dan Arabic Placement Test(APT) dah keluar. Mak aiii lagi laa saya rasa takut. Emm hari ni memang berdebor laa banyak. Dah laa tengah sakit kepala, time tu rasa macam nak pecah jek kepala ni. Sakit kepala sebab nangis. Pastu da kawan saya tu sarankan saya tidur kejap and  saya pun tidur, memang betul laa lepas bangun tu kepala dah tak sakit dah. Lepas asar, saya dan kawan saya pergi cek result tu. You know what, i got level 5 for EPT and level 2 for APT. huh thats mean my foundation's duration is 2 years. Thats too long to me. Sobak laa. Ramai yang cakap 2years is better than 1year sebab kalau 1year jadual kita mamang pack sangat. Lepas tu ada yang cakap kalau dua tahun kita boleh score untuk final exam kita. Semua orang yang cakap, kita tak tahu lagi macam mana sebenarnya. InsyaAllah jika kita berusaha kita pasti dapat. There are no speed limits on the road to excellent taw.



La tahzan inna-Allaha ma"aa na. Ok itu sahaja yang saya nak kongsi. Maaf kalau-2 saya ada buat salah kat awak semua ek. Tata

p/s:maaf tak da gambar..hihihi

Salam Ukhwah.. >,<

Friday, June 8, 2012

..Taaruf Week..

Assalamualaikum..

Fuh!!! penat betul minggu ni rasa macam nak tido jea dan tak nak bangun-2 langsung. Ek???? haha kalau tak bangun langsung tu sah-2 laa dah mati laa tu. Walaupun saya penat, jari jemari ni tetap rajin nak menaip post ni untuk berkongsi pengalaman cikit. Tak banyak pun cikit jea. Tak pe kan?? Betul ni tak pe.. Yaeeee terima kasih!!!! :)

Taaruf week at the centre for foundation studies (cfs) iium ni memang best tahap mega giga tera laaa. Betul. Tak tipu pun. Best sangat-2. Cultural night and welcoming and baiah ceremony paling-2 best laa..


Malam cultural night tu majoriti nye senior-2 yang buat persembahan. Part yang tak boleh lupa bila dengar brother tu nyanyi. Aaaaa suara dia tu memang perggghhh laa. Lagu dia pun kreatif derrr. Mula-2 dengar bunyi macam lagu citer hantu jea taw. Uuuuuuuuuu macam tu laa. Lepas tu rancak gil*. Layan habis laa. Lepas tu ada persembahan sajak dari junior-2 ni. Cultural night event ni memang layan laa.. Best sih..hehehe Kalau tak silap saya pukul 12 malam baru habis program ni. Lepas habis tu cepat-2 my roomates and me naik bilik, selesai solat isyak terus baring atas tilam bilik 403 yang empuk tu. hehehe penat bangat. Dan saya laa orang yang pertama yang tido taw.


Welcoming and baiah ceremony ni pun best jugak. Ni kira macam majlis penutup laa. VIP-2 semua datang. Malam ni kena pakai baju batik. Baju batik dia memang lawaaaaa sangat-2 warna merah lak tu.

lawa tak??red and white. Belakang tu nampak macam warna maroon,caused by light effect.

Opppsss lupa..yang sebelah saya tu nama dia Rafiqah Athirah, mmp jugak. My roomate pulak tu. memang betul-2 pergghhh ah. Roomate saya major nye orang kelantan sorang jea orang perok. Semuanya cool and satu kepala belaka.. memang TERBAIKKK!!!!!!!

CFS!!!!

ni mahallah Khadijah, hostel saya!!! besar tak??hehe

malam tu, sis and bro committee buat suprise kat kitaorang semua. Kitaorang emang terkejut, teruja dan macam-2 lagi laa. Mula-2 tu sis and bro committee tunjukkan kitaorang satu video ni. Mula-2 tengok kitaorang tak faham langsung pun motif video ni apa. Dalam video tu ada brothers tengah buat kerja, ada yang tengah lukis-2, ada yang tengah mengadap laptop, ada yang pakai labcoat, yang apa lagi ek?? tak ingat laa.. Mula-2 ingatkan brother-2 tu semua tengah study hard untuk exam. Lepas tu dia pun tulis now it is here.
Pastu keluar gambar rumput-2 and gambar kitaorang semua kat screen tu. Kita semua jadi blurrr ingatkan kamera tu duk kat bawah. Tak lama kemudian kamera tu tunjuk gambar yang dari atas lak. Bila semua pusing belakang, kitaorang semua nampak satu benda yang warna warni ni terbang. Lebih kurang macam heli laa. Lepas tengok tu kitaorang semua tepuk tangan sebab teruja sangat-2. Waaaaahhh rupa-2 nya yang brothers dalam video tu semua sedang sama-2 mencipta alat tu laaa. Memang bangga laa... Bestttt gil* taw. Hebat betul seniors semua. Tq kepada sis-2 and bro-2 committee yang handle taaruf week ni..sorry yea kalau-2 saya ada terkasar bahasa dan terkurang ajar. Sis-2 and bro-2 memang TERBAIKKKK!!!! :)

Apa pun saya memang happy sangat-2 dan rasa amat bertuah sebab dapat masuk ke CFS IIUM..Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. amin40x.
Ok laa sampai kat sini saja ek.
Salam Ukhwah.. =)






Sunday, May 13, 2012

UIAM vs IPG



Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum..
Mulanya saya nak minta maaf sebab dah lama dah tak update status blog saya ni. Biasa laa sibuk.
Alhamdulillah keputusan UPU dah keluar dan saya dapat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), asasi sains fizikal. Pada 8hb yang lepas juga saya telah menjalani temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) jurusan Bahasa Arab dan masa temuduga tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kepututsannya akan saya ketahui nanti 05.06.2012. Doakan saya yea kawan-kawan.

Sekarang bermacam-macam dilema yang saya lalui. Ya Allah pening kepala dibuatnya.

UIAM vs IPG.

UIAM merupakan universiti yang saya idam-idamkan semenjak saya SPM lagi. Bagi saya UIAM ni bagus laa sebab kalau saya pergi kat sana saya tak akan tinggal bahasa arab saya tu serta saya dapat kekalkan tudung labuh yang baru sahaja sebati dengan saya. Tambahan pula saya dapat kekalkan gelaran sebagai pelajar sains. Saya sayang sangat nak tinggal fizik, kima, addmath dan math semua tu. Sayang tahu. Tapi yang paling tak suka UIAM ni bila nak sambung ijazah tu kena pinjam dengan PTPTN kalau tak nak pinjam boleh jea tapi masa asasi tu saya kena belajar bersungguh-sungguh laa dan dapat pointer tinggi untuk dapatkan biasiswa. InsyaAllah saya B.O.L.E.H!!!

IPG pula "BAHASA ARAB" subjek bahasa yang paling saya suka taw.huhuhu abah, umi, pak saudara, mak saudara, jiran dan semua laa (yang dewasa laa) suruh saya pergi IPG tu. Pergi kalau dapat laa. Insya-Allah!!!!!

Sekarang ni saya pening dan 50-50 ok. Tapi hari tu saya dah wat istikharah. Saya mimpi BAHASA ARAB!! huhu apa daaa dah mimpi padahal benda belum tentu lagi dapat ke tak.hahaha UIAM nak.. IPG pun nak kalau dapat.hihihi Rasa macam tamak laa pula..hihihi tapi saya kena pergi UIAM dulu baru laa keputusan IPG tu keluar. UIAM daftar 3/6, keputusan IPG 5/6. Burn macam tu jea RM550. huh

Apa pun saya harap Allah bagi petunjuk yang terbaik untuk saya sebab hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk dirilku ni. Ya Allah bantu lah hamba mu ini.. :)

Ok laa sampai kat sini jea laa..

SALAM UKHWAH.
 ^_^ \/

Friday, April 20, 2012

Dhabitoh MMP yang nakal :)

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas saya telah mendapat jemputan ke majlis anugerah dhabitoh cemerlang pada hari khamis hari tu kat dewan Asma' Abu Bakar,Maahad Muhammadi (P). Waah bangga siap cakap lagi nama sekolah tu.hehehe. Tapi tak pergi pun sebab jauh laa sekarang ni duduk kat Gua Musang. Untuk awak-2 yang tak tahu apa tu dhabitoh??? Dhabitoh ni dalam bahasa arab, maksud dia pengawas sekolah laa..

Eh kejap!! Hah????dhabitoh cemerlang????bhahahaha eyuwwww..Maybe dijemput ni sebab saya dapat 9a spm kot. Sebenarnya kan saya pun pelik juga macam mana laa saya terpilih jadi dhabitoh ni.huhuhu Ingat lagi masa dapat memo dari Badan Disiplin(BD), masa tu waktu pagi, saya baru je masuk kelas dan duduk tempat saya. Tiba-2 kawan saya, Salimah datang kat saya bagi memo tu kat saya. Dia cakap ada orang bagi. Saya pun baca.TAHNIAH!!!ANDA DIJEMPUT HADIR KE TEMUDUGA DHABITOH SESI 2011 dan bla-2 lupa laa dia tulis apa lagi.huhu sorry ek..

Masa temuduga tu pun saya main hentam jea jawab. Seyes tak tipu pun taw. Lepas beberapa hari tu ada sorang dhabitoh ni datang ke kelas dan cari saya cakap pukul 12 karang ada perjumpaan. Dah laa dia tak cakap perjumpaan apa, dia just cakap ada perjumpaan je dan terus bla macam tu jea. Ok, saya pun pergi. Masa sampai kat dewan tu nampak macam pelik jek sebab nampak semua macam budak skema jea yang ada dalam dewan tu. "aih tak kan laa orang macam aku ni terpilih jadih dhabitoh???dah laa aku ni perangai gila-2. Aaah masuk je laa."<-- monolog dalam hati.

Tak lama lepas tu ustazah Roszila pun berucap cakap "TAHNIAH, anda semua adalah bakal-2 dhabitoh mmp 2011". Masa tu terlopong mulut saya dengar ayat tu. PAPPP!!! ambil kau bilah kau jadi dhabitoh!!!tu  pun 50/50 lak rasa sebab fikir tahun ni dah last dah tambah-2 SPM lak. Nak ke tak nak. Last-2 pilih nak juga tu pun ada 2 sebab. Sebab pertama, nak ambil pengalaman jadi dhabitoh kat sekolah yang elit,elit laa bagi saya. Sebab kedua, ofcourse laa sijil dia tu. eeee teruk betul laa Bilah ni. Apa daaaa!!!!

Ok masa-2 mula jadi dhabitoh ni memang saya skema gila laa sampai kawan saya, Farah yang pakai jam besar tu pun tegur.hahaha kalau fikir-2 kan semula memang lucu laaa. Lepas lama-2 tu tiba-2 laa pula saya rasa yang saya ni dah tak macam dhabitoh pun. Ye laa tengok barang haram yang kawan-2 bawa tu pun buat bodoh jea. Bukan apa malas laa nak jadi skema sangat tapi kalau dah melampau tu baru laa saya akan ambil tindakan.

Best ke tak jadi dhabitoh ni hah???Saya pun tak tahu. Saya rasa macam biasa jea. Ok laa maybe sebab pakai baju hijau kot. Part yang tak boleh lupa time saya dan mc tin, kawan saya naik tempat haram pantai timur sebabnya mc tin nak butterscotch. Tengah syok-2 gelak, tiba-2 time tu geng-2 dhabitoh wat spotcheck kat tempat haram. Saya pun nampak dua orang dhabitoh tu lalu kat depan saya. Saya pun cepat-2 tarik mc tin lari keluar pantai timur tu. Fuhhh lega nasib baik tak terkantoi. Kalau terkantoi hari tu tak tahu laa saya. Teruk-2..hehe

Ok laaa dah penat dah nak citer pasal dhabitoh ni sebab kalu nak citer pasal ni memang panjang berjela laaa. Nah tengok laa pic saya time pakai baju dan tudung hijau tu.

Lawa tak???hahaha mesti laa lawa sebab dapat aura budak lawa yang sebelah tu..hehehe


pic ni diambil seminggu sebelum exam SPM taw.taken by raidah(ketua kelas)

Ok laa cukup laa tu..tadaaaa~

Salam ukhwah... [^_^]\/


Wednesday, April 18, 2012

MALAS

Assalamualaikum..

Alahai dah lama dah ni tak update post-2 terbaru kat blog saya ni. entah laa sejak akhir-2 ni saya jadi malas lak. dah laa selalu kena marah kat umi, yea laa dah laa selalu jea bangun lewat pastu pemalas lak tu. Malang betul laa sape yang bakal jadi suami saya tu.



Ok kali ni saya nak cakap pasal malas laa, yea laa memandangkan penyakit malas ni  dalam diri saya ni semakin serius sampai nak pergi pos surat tu pun malas. bukan pos surat jea tapi pergi klinik kerajaan pun malas taw. Biar laa kepala ni selalu pening sebab mata ni, al-maklum laa [@_@] rabun. nak buat spek kat kbmall hari tu pun tuan kedai dia tak nak buat sebab takut, mana tak takut nya power mata belah kiri berat sangat macam berat sebelah laa tak seimbang gitu.

Saya yakin awak semua mesti pernah rasa malas kan tapi kadang-2 penyakit malas ni laa yang bagi masalah kat kita kan??eh silap laa bukan kadang-2 jugak tu selalu laa. Yea laa sebab malas laa selalu nya kita kena marah kan??bila kita kena marah mula laaa nak berontak sana berontak sini. Biasa laa manusia.


Kadang-2 terlampau malas tak elok jugak untuk kita, jadi saya nak kongsi kan sedikit doa untuk kita semua amalkan agar kita jauh dari sifat malas ni.


doa ni kita boleh baca dia time kita duk tahiyat akhir dan sebelum bagi salam tapi baca dalam arabic laa jangan malay lak. kalau malay batal laa solat awak.hehehe insyaAllah jika kita amalkan doa ni kita akan terhindar dari penyakit malas tu.

Ustaz saya pernah bagitahu kat saya dulu untuk hilangkan rasa malas tu juga, kita  jangan tangguhkan kerja bila dapat keja yang kena buat tu terus buat, sebab yang tangguh-2 ni laa yang buat kita malas.Mula-2 tangguh keje,pastu bila ada masa malas lak,pastu bila keje tu kena hantar dalam waktu terdekat mula laa kalut,pastu akhir sekali kena marah sebab banyak buat silap time kalut-2 buat keje tu.

Ok la cukup laa untuk kali ni, sama-2 laa kita amalkan ek???

Salam ukhwah.. >,<

Wednesday, March 21, 2012

gembira tapi waswas

Assalamualaikum..


Seperti yang kita semua tahu keputusan SPM 2011 sudah diumumkan pada hari ini.
Okey semalam saya tak dapat tidur dengan lena tahu tak sebab takut sangat-2 dengan result SPM yang entah kemana tu. Ya Allah betaapa takutnya aku Ya Allah. Lepas sembahyang maghrib semalam saya terus duk dalam bilik, nak makan??? langsung tak ada selera biar perut lapar. Saya tidur awal malam tu lepas solat Isyak terus tidur tapi saya tersedar pukul 1 pagi.
Tersedar tu sebab kakak saya bisisng pasang lagu malam-2. ya Allah takutnya masa tu tahu tak?? Lepas tu saya marah kan kakak saya sebab dia pasang lampu, padahal saya gabra time tu tambah dengan nak sorok rasa bedebar tu daripada kakak saya cam. Lepas tu, saya dah tak boleh tidur balik. saya tutup muka saya dengan selimut tapi tak boleh tidur jugak, Ya Allah hanya engkau yang tahu betapa takutnya aku hari tu. Pejam celik pejam celik sampai laa saya tertidur. sedar-2 telefon bunyi alarm pukul 4 pagi. Saya bangun untuk buat apa yang patut saya buat.


Selepas daripada semua itu, dalam pukul 10 pagi saya tanya kawan-2 saya 'ada apa-2 berita tak hari ni??' diaorang cakap tak da pape lagi. Fuh lega time tu. lepas sejam saya berdebar lagi. ya Allah masa tu saya hanya  berserah kepada Allah 100%. Saya redha kalau keputusan tu rendah. masa tu saya hanya mampu berdoa sahaja.

Selepas solat zohor, saya mesej kat kawan-2 saya tanya dah umum ke belum??diaorang cakap 'mudir' tengah berucap time tu berdebar tahap dada nak pecah tahu tak. taip mesej pun tangan terketar-ketar. selepas daripada tu kawan saya yang sekolah lam call saya tanya macam mana result spm saya?? saya cakap tak tahu lagi. dia dapat 8a. tahniah!!!! aku bangga jadi kawan kau.

Tunggu punya tunggu, tiba-2 kawan saya mesej yang dapat 12A-2orang, 11A-22orang, 10A-15orang, 9A-18orang. Masa tu teklak rasa macam kering jea. Saya pun balas mesej kawan saya tu. 'waah!!hebat3..'.
pastu kawan saya pun call saya cakap "BILAH KAU TERSENARAI DALAM PELAJAR YANG DAPAT 9A KE ATAS!!!!!!!" masa tu air mata saya mengalir, saya tak percaya, TAK PERCAYA!! ya Allah sesungguhnya aku bersyukur di atas rezeki yang telah kau berikan kepada ku. selepas tu, saya terus sujud syukur. ALHAMDULILLAH. thanks ALLAH...:)

lepas daripada tu saya terus cakap kat umi dan abah saya, diaorang tersenyum gembira. ya Allah betapa bahagianya diriku ini. thanks Ya Allah. tak lama lepas tu kawan-2 saya hantar mesej ucap tahniah dan yang call pun ada. :) terima kasih kawan-2.


mula-2 tak berapa yakin sangat yang farah cakap tu. lepas solat maghrib dapat mesej dari 15888. Saya dapat 9a..Ya Allah masa tu bahagianya hingga tak terkata. Ya Allah terima kasih terima kasih.. :) tapi masih tak berapa nak percaya lagi ni sebab tak pegang result tu lagi. insyaAllah esok saya akan percaya 100%..


Apa pun.. Bilah!!! ingat jangan takbur, sombong, bongkak, ingat Bilah... sentiasa ingat Allah dan berdoa kepada Allah agar terus menjaga hatimu serta jauh daripada sikap-2 negatif. ingat Bilah!! berjaya di akhirat adalah kejayaan yang terbesar. Alhamdulillah.. Buat kawan-2 ku jangan laa sedih jika dapat result yang kurang memuaskan hati awak semua. percaya lah pasti ada hikmah disebalik semua ni. dan jangan lah cepat berputus asa ek??? sentiasa ingat Allah ok??? saya bangga dengan semua kawan-2 saya.. saya sayang kamu semua. sayang sangat-2 :)


Alhamdulillah....

Salam Ukhwah  >,<"

Monday, March 19, 2012

takut+berdebar+risau

Assalamualaikum..

Alahai dah dekat dah. Dah dekat dah. Jeng3!!! confirm semua calon-2 SPM 2011 berdebar tahap jantung nak pecah dah sekarang ni. Bak kata kawan saya tadi tidur lena-2 belaka yea malam ni sebab malam esok confirm tak leh nak tidur. hahaha risau kat result SPM laa. Sekarang ni kita semua kena berserah kepadaNya. tawakal jea laa yea kawan-2 insyaAllah kalau kita berusaha bersungguh-2 insyaAllah kita akan dapat.

Macam-2 perasaan yang saya rasa sekarang ni. takut,berdebar,risau,gabra & macam2 lagi laa..
Saya dah cuba segala yang terbaik untuk saya hari tu. InsyaAllah. Tapi saya takut juga nak target. takut sangat-2.. tahu tak macam-2 saya mimpi pasal SPM ni. Seram sejuk rasanya.

 Ya Allah tolong lah hambaMu ni..


 Ya Allah, hanya engaku yang tahu betapa takutnya aku.
Bilah!!! sabar laa..tawakal jea, pe yang penting sekarang jangan terlalu yakin. Ingat law dapat result tinggi jangan terlalu bangga dan kalau dapat result rendah lak mesti da hikmah disebalik tu. ingat tu bilah.

Saya juga doakn untuk kawan-2 saya semoga mereka mendapat result SPM yang gempak-2. Ameen. Sama-2 laa kita berdoa antara satu sama lain ek??? Banyak-2 kan solat hajat ek?? InsyaAllah.

Ehem-2 cakap pasal SPM  ni, hutang asrama tak bayar lagi.hehehe yuran asrama laa..bulan 9,10 n 11..huhuhu rm600 semua. Abah!! maaf ek???huhuhu Apa pun telefon kan ada..hehehe taip jea laa
SPM [no.ic] [no.angka giliran] hantar kat 15888.. kan senang.

Apa pun. insyaAllah semua terbaik!!!


Salam Ukhwah  >,<"

Saturday, March 10, 2012

Sayangilah ia...

Assalamualaikum.. Di sini saya nak berkongsi cerita yang penuh pengajaran buat kita semua terutama kepada sesiapa yang bela haiwan seperti kucing.


ni kucing saya yang hilang sejak 2tahun yang lepas..


Telah datang seorang bijak di hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini???"

 Jawab lelaki tersebut "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia berada dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan, kemudian aku mengambilnya dan memberi makanan serta minuman.
Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuat najis/kotoran pada semua tempat di rumahku."

Kemudian berkatalah si orang bijak : "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita rasakan, kita derhaka kepadaNya dan tidak melaksanankan perintahNya dan belum ikut cara hidup kekasihNya iaitu Rasulullah SAW. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya"

Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia terlambat diperingatkan oleh orang bijak itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah mencuba menyiksa kucingnya............


Hayati lah yea.. :)

salam ukhwah.. >,<"

Thursday, March 8, 2012

Lelaki Kacak Untuk Didampingi???



Di dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud "Pada hari kiamat nanti, dihadapan Allah tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan nabi, bukan malaikat dan sebagainya".


Melalui hadis diatas, kita dapat mengetahui bahasa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seseorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, "dia adalah kawanku. Aku tidak akan tinggalkannya berseorangan walau dalam apa keadaan sekalipun. Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga".


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata "akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara kuat. Janganlah engakau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi".


Bila pertanyaan selesai, orang kacak itu mengadakan kepadanya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indah dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renung sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak mampu untuk melambatkan atau mempercepatkannya walaupun sesaat.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. 




wallahua'alam.

Salam Ukhwah.. >,<

Friday, March 2, 2012

Taman Negara oh Taman Negara

Alahai Nabiilah oh Nabiilah.. Seronok sakan ek bercuti??? Memang laa..hahaha Cuti, cuti gak, sekolah tu jangan lupa..aaaaaaaaah lantak laa..DAH TAK MAU SEKOLAH.. eeeee buruknye perangai. tak laa ne da buruk.. Perasan!! buruk k.. k mengaku jea laa memang BURUK pun..huhuhu macam mana tak buruknya sekolah dah seminggu dah tak pergi lepas tu orang ngah syok-2 exam, dia lak wat dek jea dengan tak pergi exam..
Ape laa teruk betul laa. Memang nak kena rotan dah ni. Mak aiiii tak mau tak mau takut..hehehehe

Hello~ eh silap-2 apa ni hello-2 kita orang Islam tak baik taw. Pe laa Nabiilah ni. Teruk betul. Wokey-2 Nabiilah minta maaf ek.. K assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..hehehe baru laa nampak sopan kan??
Oppss sorry banyak beleter laa pulak. Awak semua nak tahu tak semalam saya pergi Taman Negara Pahang Sungai Relau. Seronok sakan tahu tak.



Alhamdulillah saya bersyukur sangat-2 sebab Allah bagi peluang kat saya untuk melihat keindahan alam flora dan fauna yang tersegam indah di dunia ni. Nak masuk kat sini kena bayar sorang singgit, murah laa kan daripada kat Sunway Lagoon tu. Sorang 45 ringgit. Saya rasa daripada pergi sunway tu baik pergi taman negara. Tenang jea duk kat situ. Sape-2 yang stress memang tempat ni laa paling sesuai untuk diaorang.


Awak semua mesti nak tahu kan apa laa yang best sangat kat situ ek?? Yang best kat sini ialah sungai dia. Ya Allah, macam tak percaya jea ikan-2 kat dalam sungai tu semua jinak-2 dah laa air dia jernih. Tak percaya ek???tak pe..tak pe saya ada bukti laa..huh haaa ni dia.....


eh-2 ni mukaddimah baru..hehehe

hah banyak tak ikan tu???banyak kan??

ni pom..hihihi  :)

Tapi law awak semua nak ikan yang lagi banyak boleh jek..yang letak kaki dalam air pastu ikan habis serbu kaki kita tu..yang tu kena naik lagi atas, tambang rm12 sorang. Tapi saya dan family semua men kat bawah tu jea men kat sungai relau.

Ikan kelah yang awesome!!

ahaks!! comel tak saya??hihihi

Lepas penat jalan-2 kat kawasan tu. Kitaorang semua pergi terjun dan berenang dan berenang sampai lemas..hahaha tak da laa. Saya tak mandi pun, kan dah besar malu laa kalau mandi.. Ceeh perasan matured laa tu..hahaha alasan semua tu.. Padahal tak mandi sebab pakai skirt. Adoyai nak control ayu laa konon. Orang pergi dalam hutan pakai seluar. Tapi saya pakai SKIRT!!!hahaha


my heroes yang kesejukan men air.."PEACE"

Buat apa laa kita nak pergi overseas untuk bercuti jauh-2 kan?? tengok kat Malaysia banyak tempat-2 yang menarik. Bagi saya laa buat habis duit jea pergi melancong jauh-2 lagipun kat sana belum tentu selamat.. Aceeeh-2 banyak laa cakap tapi law dapat peluang pergi merantau atau melancong negara orang., Saya rasa saya laa orang yang paling BESU sekali nak pergi..hahaha cakap camtu tadi tu nape??hehe cakap camtu sebab tak da peluang lagi..adoyai Nabiilah betul laa..

Ok laa cukup sampai di sini sahaja coretan saya. Maaf kalau post ni macam "bosan" atau pape yang seerti dengannya.. Maaf taw..

Salam Ukhwah~  xD