Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Ya Allah sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa dah kita. Cakap pasal Ramdhan ni, bersediakah wahai kawan-2 ku semua untuk menghadapi ramadhan ini??? Bagaimana pula persiapan kita ek???emm semua tu awak kena muhasabahkan diri anda..tanya balik pada diri anda..bersediakah dan bagaimanakah persiapan kita untuk ramadhan ini. Harap-2 ianya akan menjadi yang lebih baik daripada ramadhan yang lepas-2. InsyaAllah. :) tak sabar rasanya nak solat terawih.huhuhu
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam kemulian(lailatul qadar). Tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan, sampai terbit fajar."
Doa saya untuk awak semua. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatul qadar ini dan amat bertuahlah bagi orang yang memperolehi keberkatan sepenuhnya daripada malam ini dengan cara menghabiskan masanya dengan beribadah kepada Allah.
Banyak lagi sebenarnya tapi yang terlintas difikiran saya buat masa ini tu jea.huhu maaf ek. Sama-2 laa kita memperbaikikan amalan kita serta memperelokkan lagi amalan kita pada bulan ramadahan ini. InsyaAllah.
Ok laa tu sahaja dari saya. Salam ukhwah. ^_^
No comments:
Post a Comment