Assalamualaikum.. Di sini saya nak berkongsi cerita yang penuh pengajaran buat kita semua terutama kepada sesiapa yang bela haiwan seperti kucing.
ni kucing saya yang hilang sejak 2tahun yang lepas..
Telah datang seorang bijak di hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini???"
Jawab lelaki tersebut "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia berada dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan, kemudian aku mengambilnya dan memberi makanan serta minuman.
Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuat najis/kotoran pada semua tempat di rumahku."
Kemudian berkatalah si orang bijak : "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita rasakan, kita derhaka kepadaNya dan tidak melaksanankan perintahNya dan belum ikut cara hidup kekasihNya iaitu Rasulullah SAW. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya"
Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia terlambat diperingatkan oleh orang bijak itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah mencuba menyiksa kucingnya............
Hayati lah yea.. :)
salam ukhwah.. >,<"
No comments:
Post a Comment