Melalui hadis diatas, kita dapat mengetahui bahasa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seseorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, "dia adalah kawanku. Aku tidak akan tinggalkannya berseorangan walau dalam apa keadaan sekalipun. Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga".
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata "akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara kuat. Janganlah engakau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi".
Bila pertanyaan selesai, orang kacak itu mengadakan kepadanya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indah dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renung sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak mampu untuk melambatkan atau mempercepatkannya walaupun sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
wallahua'alam.
Salam Ukhwah.. >,<
No comments:
Post a Comment