Pink Lollipop

Wednesday, March 21, 2012

gembira tapi waswas

Assalamualaikum..


Seperti yang kita semua tahu keputusan SPM 2011 sudah diumumkan pada hari ini.
Okey semalam saya tak dapat tidur dengan lena tahu tak sebab takut sangat-2 dengan result SPM yang entah kemana tu. Ya Allah betaapa takutnya aku Ya Allah. Lepas sembahyang maghrib semalam saya terus duk dalam bilik, nak makan??? langsung tak ada selera biar perut lapar. Saya tidur awal malam tu lepas solat Isyak terus tidur tapi saya tersedar pukul 1 pagi.
Tersedar tu sebab kakak saya bisisng pasang lagu malam-2. ya Allah takutnya masa tu tahu tak?? Lepas tu saya marah kan kakak saya sebab dia pasang lampu, padahal saya gabra time tu tambah dengan nak sorok rasa bedebar tu daripada kakak saya cam. Lepas tu, saya dah tak boleh tidur balik. saya tutup muka saya dengan selimut tapi tak boleh tidur jugak, Ya Allah hanya engkau yang tahu betapa takutnya aku hari tu. Pejam celik pejam celik sampai laa saya tertidur. sedar-2 telefon bunyi alarm pukul 4 pagi. Saya bangun untuk buat apa yang patut saya buat.


Selepas daripada semua itu, dalam pukul 10 pagi saya tanya kawan-2 saya 'ada apa-2 berita tak hari ni??' diaorang cakap tak da pape lagi. Fuh lega time tu. lepas sejam saya berdebar lagi. ya Allah masa tu saya hanya  berserah kepada Allah 100%. Saya redha kalau keputusan tu rendah. masa tu saya hanya mampu berdoa sahaja.

Selepas solat zohor, saya mesej kat kawan-2 saya tanya dah umum ke belum??diaorang cakap 'mudir' tengah berucap time tu berdebar tahap dada nak pecah tahu tak. taip mesej pun tangan terketar-ketar. selepas daripada tu kawan saya yang sekolah lam call saya tanya macam mana result spm saya?? saya cakap tak tahu lagi. dia dapat 8a. tahniah!!!! aku bangga jadi kawan kau.

Tunggu punya tunggu, tiba-2 kawan saya mesej yang dapat 12A-2orang, 11A-22orang, 10A-15orang, 9A-18orang. Masa tu teklak rasa macam kering jea. Saya pun balas mesej kawan saya tu. 'waah!!hebat3..'.
pastu kawan saya pun call saya cakap "BILAH KAU TERSENARAI DALAM PELAJAR YANG DAPAT 9A KE ATAS!!!!!!!" masa tu air mata saya mengalir, saya tak percaya, TAK PERCAYA!! ya Allah sesungguhnya aku bersyukur di atas rezeki yang telah kau berikan kepada ku. selepas tu, saya terus sujud syukur. ALHAMDULILLAH. thanks ALLAH...:)

lepas daripada tu saya terus cakap kat umi dan abah saya, diaorang tersenyum gembira. ya Allah betapa bahagianya diriku ini. thanks Ya Allah. tak lama lepas tu kawan-2 saya hantar mesej ucap tahniah dan yang call pun ada. :) terima kasih kawan-2.


mula-2 tak berapa yakin sangat yang farah cakap tu. lepas solat maghrib dapat mesej dari 15888. Saya dapat 9a..Ya Allah masa tu bahagianya hingga tak terkata. Ya Allah terima kasih terima kasih.. :) tapi masih tak berapa nak percaya lagi ni sebab tak pegang result tu lagi. insyaAllah esok saya akan percaya 100%..


Apa pun.. Bilah!!! ingat jangan takbur, sombong, bongkak, ingat Bilah... sentiasa ingat Allah dan berdoa kepada Allah agar terus menjaga hatimu serta jauh daripada sikap-2 negatif. ingat Bilah!! berjaya di akhirat adalah kejayaan yang terbesar. Alhamdulillah.. Buat kawan-2 ku jangan laa sedih jika dapat result yang kurang memuaskan hati awak semua. percaya lah pasti ada hikmah disebalik semua ni. dan jangan lah cepat berputus asa ek??? sentiasa ingat Allah ok??? saya bangga dengan semua kawan-2 saya.. saya sayang kamu semua. sayang sangat-2 :)


Alhamdulillah....

Salam Ukhwah  >,<"

1 comment: