Pink Lollipop

Wednesday, March 21, 2012

gembira tapi waswas

Assalamualaikum..


Seperti yang kita semua tahu keputusan SPM 2011 sudah diumumkan pada hari ini.
Okey semalam saya tak dapat tidur dengan lena tahu tak sebab takut sangat-2 dengan result SPM yang entah kemana tu. Ya Allah betaapa takutnya aku Ya Allah. Lepas sembahyang maghrib semalam saya terus duk dalam bilik, nak makan??? langsung tak ada selera biar perut lapar. Saya tidur awal malam tu lepas solat Isyak terus tidur tapi saya tersedar pukul 1 pagi.
Tersedar tu sebab kakak saya bisisng pasang lagu malam-2. ya Allah takutnya masa tu tahu tak?? Lepas tu saya marah kan kakak saya sebab dia pasang lampu, padahal saya gabra time tu tambah dengan nak sorok rasa bedebar tu daripada kakak saya cam. Lepas tu, saya dah tak boleh tidur balik. saya tutup muka saya dengan selimut tapi tak boleh tidur jugak, Ya Allah hanya engkau yang tahu betapa takutnya aku hari tu. Pejam celik pejam celik sampai laa saya tertidur. sedar-2 telefon bunyi alarm pukul 4 pagi. Saya bangun untuk buat apa yang patut saya buat.


Selepas daripada semua itu, dalam pukul 10 pagi saya tanya kawan-2 saya 'ada apa-2 berita tak hari ni??' diaorang cakap tak da pape lagi. Fuh lega time tu. lepas sejam saya berdebar lagi. ya Allah masa tu saya hanya  berserah kepada Allah 100%. Saya redha kalau keputusan tu rendah. masa tu saya hanya mampu berdoa sahaja.

Selepas solat zohor, saya mesej kat kawan-2 saya tanya dah umum ke belum??diaorang cakap 'mudir' tengah berucap time tu berdebar tahap dada nak pecah tahu tak. taip mesej pun tangan terketar-ketar. selepas daripada tu kawan saya yang sekolah lam call saya tanya macam mana result spm saya?? saya cakap tak tahu lagi. dia dapat 8a. tahniah!!!! aku bangga jadi kawan kau.

Tunggu punya tunggu, tiba-2 kawan saya mesej yang dapat 12A-2orang, 11A-22orang, 10A-15orang, 9A-18orang. Masa tu teklak rasa macam kering jea. Saya pun balas mesej kawan saya tu. 'waah!!hebat3..'.
pastu kawan saya pun call saya cakap "BILAH KAU TERSENARAI DALAM PELAJAR YANG DAPAT 9A KE ATAS!!!!!!!" masa tu air mata saya mengalir, saya tak percaya, TAK PERCAYA!! ya Allah sesungguhnya aku bersyukur di atas rezeki yang telah kau berikan kepada ku. selepas tu, saya terus sujud syukur. ALHAMDULILLAH. thanks ALLAH...:)

lepas daripada tu saya terus cakap kat umi dan abah saya, diaorang tersenyum gembira. ya Allah betapa bahagianya diriku ini. thanks Ya Allah. tak lama lepas tu kawan-2 saya hantar mesej ucap tahniah dan yang call pun ada. :) terima kasih kawan-2.


mula-2 tak berapa yakin sangat yang farah cakap tu. lepas solat maghrib dapat mesej dari 15888. Saya dapat 9a..Ya Allah masa tu bahagianya hingga tak terkata. Ya Allah terima kasih terima kasih.. :) tapi masih tak berapa nak percaya lagi ni sebab tak pegang result tu lagi. insyaAllah esok saya akan percaya 100%..


Apa pun.. Bilah!!! ingat jangan takbur, sombong, bongkak, ingat Bilah... sentiasa ingat Allah dan berdoa kepada Allah agar terus menjaga hatimu serta jauh daripada sikap-2 negatif. ingat Bilah!! berjaya di akhirat adalah kejayaan yang terbesar. Alhamdulillah.. Buat kawan-2 ku jangan laa sedih jika dapat result yang kurang memuaskan hati awak semua. percaya lah pasti ada hikmah disebalik semua ni. dan jangan lah cepat berputus asa ek??? sentiasa ingat Allah ok??? saya bangga dengan semua kawan-2 saya.. saya sayang kamu semua. sayang sangat-2 :)


Alhamdulillah....

Salam Ukhwah  >,<"

Monday, March 19, 2012

takut+berdebar+risau

Assalamualaikum..

Alahai dah dekat dah. Dah dekat dah. Jeng3!!! confirm semua calon-2 SPM 2011 berdebar tahap jantung nak pecah dah sekarang ni. Bak kata kawan saya tadi tidur lena-2 belaka yea malam ni sebab malam esok confirm tak leh nak tidur. hahaha risau kat result SPM laa. Sekarang ni kita semua kena berserah kepadaNya. tawakal jea laa yea kawan-2 insyaAllah kalau kita berusaha bersungguh-2 insyaAllah kita akan dapat.

Macam-2 perasaan yang saya rasa sekarang ni. takut,berdebar,risau,gabra & macam2 lagi laa..
Saya dah cuba segala yang terbaik untuk saya hari tu. InsyaAllah. Tapi saya takut juga nak target. takut sangat-2.. tahu tak macam-2 saya mimpi pasal SPM ni. Seram sejuk rasanya.

 Ya Allah tolong lah hambaMu ni..


 Ya Allah, hanya engaku yang tahu betapa takutnya aku.
Bilah!!! sabar laa..tawakal jea, pe yang penting sekarang jangan terlalu yakin. Ingat law dapat result tinggi jangan terlalu bangga dan kalau dapat result rendah lak mesti da hikmah disebalik tu. ingat tu bilah.

Saya juga doakn untuk kawan-2 saya semoga mereka mendapat result SPM yang gempak-2. Ameen. Sama-2 laa kita berdoa antara satu sama lain ek??? Banyak-2 kan solat hajat ek?? InsyaAllah.

Ehem-2 cakap pasal SPM  ni, hutang asrama tak bayar lagi.hehehe yuran asrama laa..bulan 9,10 n 11..huhuhu rm600 semua. Abah!! maaf ek???huhuhu Apa pun telefon kan ada..hehehe taip jea laa
SPM [no.ic] [no.angka giliran] hantar kat 15888.. kan senang.

Apa pun. insyaAllah semua terbaik!!!


Salam Ukhwah  >,<"

Saturday, March 10, 2012

Sayangilah ia...

Assalamualaikum.. Di sini saya nak berkongsi cerita yang penuh pengajaran buat kita semua terutama kepada sesiapa yang bela haiwan seperti kucing.


ni kucing saya yang hilang sejak 2tahun yang lepas..


Telah datang seorang bijak di hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini???"

 Jawab lelaki tersebut "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia berada dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan, kemudian aku mengambilnya dan memberi makanan serta minuman.
Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuat najis/kotoran pada semua tempat di rumahku."

Kemudian berkatalah si orang bijak : "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita rasakan, kita derhaka kepadaNya dan tidak melaksanankan perintahNya dan belum ikut cara hidup kekasihNya iaitu Rasulullah SAW. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya"

Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia terlambat diperingatkan oleh orang bijak itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah mencuba menyiksa kucingnya............


Hayati lah yea.. :)

salam ukhwah.. >,<"

Thursday, March 8, 2012

Lelaki Kacak Untuk Didampingi???



Di dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud "Pada hari kiamat nanti, dihadapan Allah tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan nabi, bukan malaikat dan sebagainya".


Melalui hadis diatas, kita dapat mengetahui bahasa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seseorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, "dia adalah kawanku. Aku tidak akan tinggalkannya berseorangan walau dalam apa keadaan sekalipun. Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga".


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata "akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara kuat. Janganlah engakau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi".


Bila pertanyaan selesai, orang kacak itu mengadakan kepadanya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indah dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renung sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak mampu untuk melambatkan atau mempercepatkannya walaupun sesaat.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. 




wallahua'alam.

Salam Ukhwah.. >,<

Friday, March 2, 2012

Taman Negara oh Taman Negara

Alahai Nabiilah oh Nabiilah.. Seronok sakan ek bercuti??? Memang laa..hahaha Cuti, cuti gak, sekolah tu jangan lupa..aaaaaaaaah lantak laa..DAH TAK MAU SEKOLAH.. eeeee buruknye perangai. tak laa ne da buruk.. Perasan!! buruk k.. k mengaku jea laa memang BURUK pun..huhuhu macam mana tak buruknya sekolah dah seminggu dah tak pergi lepas tu orang ngah syok-2 exam, dia lak wat dek jea dengan tak pergi exam..
Ape laa teruk betul laa. Memang nak kena rotan dah ni. Mak aiiii tak mau tak mau takut..hehehehe

Hello~ eh silap-2 apa ni hello-2 kita orang Islam tak baik taw. Pe laa Nabiilah ni. Teruk betul. Wokey-2 Nabiilah minta maaf ek.. K assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..hehehe baru laa nampak sopan kan??
Oppss sorry banyak beleter laa pulak. Awak semua nak tahu tak semalam saya pergi Taman Negara Pahang Sungai Relau. Seronok sakan tahu tak.



Alhamdulillah saya bersyukur sangat-2 sebab Allah bagi peluang kat saya untuk melihat keindahan alam flora dan fauna yang tersegam indah di dunia ni. Nak masuk kat sini kena bayar sorang singgit, murah laa kan daripada kat Sunway Lagoon tu. Sorang 45 ringgit. Saya rasa daripada pergi sunway tu baik pergi taman negara. Tenang jea duk kat situ. Sape-2 yang stress memang tempat ni laa paling sesuai untuk diaorang.


Awak semua mesti nak tahu kan apa laa yang best sangat kat situ ek?? Yang best kat sini ialah sungai dia. Ya Allah, macam tak percaya jea ikan-2 kat dalam sungai tu semua jinak-2 dah laa air dia jernih. Tak percaya ek???tak pe..tak pe saya ada bukti laa..huh haaa ni dia.....


eh-2 ni mukaddimah baru..hehehe

hah banyak tak ikan tu???banyak kan??

ni pom..hihihi  :)

Tapi law awak semua nak ikan yang lagi banyak boleh jek..yang letak kaki dalam air pastu ikan habis serbu kaki kita tu..yang tu kena naik lagi atas, tambang rm12 sorang. Tapi saya dan family semua men kat bawah tu jea men kat sungai relau.

Ikan kelah yang awesome!!

ahaks!! comel tak saya??hihihi

Lepas penat jalan-2 kat kawasan tu. Kitaorang semua pergi terjun dan berenang dan berenang sampai lemas..hahaha tak da laa. Saya tak mandi pun, kan dah besar malu laa kalau mandi.. Ceeh perasan matured laa tu..hahaha alasan semua tu.. Padahal tak mandi sebab pakai skirt. Adoyai nak control ayu laa konon. Orang pergi dalam hutan pakai seluar. Tapi saya pakai SKIRT!!!hahaha


my heroes yang kesejukan men air.."PEACE"

Buat apa laa kita nak pergi overseas untuk bercuti jauh-2 kan?? tengok kat Malaysia banyak tempat-2 yang menarik. Bagi saya laa buat habis duit jea pergi melancong jauh-2 lagipun kat sana belum tentu selamat.. Aceeeh-2 banyak laa cakap tapi law dapat peluang pergi merantau atau melancong negara orang., Saya rasa saya laa orang yang paling BESU sekali nak pergi..hahaha cakap camtu tadi tu nape??hehe cakap camtu sebab tak da peluang lagi..adoyai Nabiilah betul laa..

Ok laa cukup sampai di sini sahaja coretan saya. Maaf kalau post ni macam "bosan" atau pape yang seerti dengannya.. Maaf taw..

Salam Ukhwah~  xD