Pink Lollipop

Monday, October 23, 2017

Jodoh

Bismillah.

Alhamdulillah, dah start dah semester baru dan tahun akhir. Macam tak percaya, dah tahun keempat dah. Cepat betul masa berlalu. Kali ni nak share, macam mana boleh kenal encik suami. :) Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang bila teringat time mula-mula kenal dia dulu. Hahaha

Okay, mula-mula kami jumpa masa kakak aku nikah. 1 May 2015. Time tu dia datang sebagai kawan abah dan buat persembahan baca ayat al-Quran. Dia ni seorang qari. Time dia duk mengaji masa kakak aku kahwin tu, aku tak dengar pun. Tak pandang pun dia. Hahaha kesian kan? Lepas beberapa hari kakak aku kahwin tu. Abah aku cakap, "Ustaz Shafiq nok ko kak". Aku senyap jea. Tak ada respon apa-apa. "Heh" tidak "no" pun tak apatah lagi kata "yes". Memang aku diam jea. Lepas beberapa bulan tu, abah aku cakap lagi. Dia nak kat aku. Hahahaha aku senyappppp jea. Serious aku malu wehhhh. Hahaha sebab dia adalah lelaki idaman aku. Yes, aku teridam-idamkan nak lelaki yang macam abah aku. Handsome, pandai, qari, hormat orang tua dan paling penting bila dia nak kat aku. Dia direct to the point kat abah aku.

     After that, bulan-bulan berlalu. Kisah aku dengan dia tu senyappp. Hahaha. Sampai laa satu masa, aku tag fb kat abah aku yang aku buat lab subjek polymer pasal slime dan slime tu bentuk love. Captionnya, "love" for ummi dan abah.

Ni haaa slime tu. :)

Then, aku tak tahu yang dia tu friend dlm fb dgn abah aku. Lepas daripada tu, dia add aku. Hahaha aku excited laaa wehhh. Hahahaha Ok Ok Ok hold on tak kan laaa aku nak main approve jea dia. Hahaha *jual mahal babe. Lepas beberapa hari, aku citer kat roommate aku Nik Fatiyah. Dia citer laa yang kakak dia pun ada jea orang add dia dalam fb sebab nak kenal-kenal pastu kalau tak jadi kenal-kenal tu remove laa friend tu. Hahaha Kejam babe. So aku pun fikir positif, dia nak kenal-kenal kot. Ok kali ni memang pelikkk. Aku siap baca bismillahirrahmanirrahim lagi pastu baru tekan approve. Hahahah

Okay, lepas approve tu, kami tak chatting langsung k! Hahaha malu wehhhh. Ooooo tak ingatttt, rasanya lepas aku approve dia dalam fb tu, aku approve dia dalam instagram. Perghhh maju hubungan aku dengan dia, kenal trough media social. Hahaha melalui instagram laaa kita start chatting. Ni setelah berbulan-bulan approve k.

Mula-mula aku yang komen kat instagram dia kat gambar anak sedara dia Ayya comel plus putih seppuu. Pastu dia reply komen aku cakap tu anak buah dia. Hahaha *dalam hati aku amboiii lajunyaa balas komen aku. Hahahahahahah pastu tertengok gambar abah aku dengan ustaz Wan Hilmi (orang tengah hubungan kami serangkap kawan baik abah aku) kat instagram dia. Pastu aku komen, kirim salam kat baju petak-petak tu. Then, of course dia balas komen aku. Kahkah. Lepas aku duk komen-komen gambar ig dia. Dia pun sibuk komen ig aku. Hahaha setiap gambar aku post semua dia komen. Aku pun pm dia cakap, kuat ngomen. Mula daripada tu laaa aku dengan dia start kenal-kenal. Tapi still on kejap off lamaaa. Sebab dua-dua jual mahal.Dua-dua duk main tarik tali.

Sampai laa awal bulan 2 tahun ni, aku start kenal betul-betul dan tak main-main dengan dia. Dia tanya aku bila free, then aku cakap weekend free. Dia pun datang laaa merisik. Prinsip aku, sesiapa jea yang betul-betul serious nak kat aku sampai datang merisik ni. Aku akan terima jea dia. Tak sangka, dia orang pertama datang merisik aku dan aku terima dia. Alhamdulillah. Lepas merisik tu aku kena pergi misi kemanusiaan di Kemboja. Time ni memang busy laaa. Dengan mid-sem lagi. Fuhhhh. Awalnya, tak nak pun buat majlis pertunangan. Tapi entah apa yang dibincang oleh ummi abah dengan ma abah dia tu sampai lepas aku balik Kemboja terus tunang. Hahaha serious semput. Tapiii alhamdulillahhh. Semuanya berjalan lancar. Tak sangka-sangka lepas daripada merisik tuu semua urusan kami dipermudahkan dan dipercepatkan. Allahh, betul laa orang cakap, kalau dah jodoh semuanya akan mudah jea. Aku dengan dia ni, dua-dua sama suka. Alhamdulillah. Hihihi

Ni gambar time merisik. Abah dia yang suruh ambil sebab dia cakap kita ni nak eratkan silaturrahim.

Time merisik ni masak sayur lemak dengan ayam bakar jea (ayam bakar ni dah jadi makanan favourite suami dah. Kalau balik rumah mesti dia request)

Time ni malu gila wehh. Buat air pastu, hidangkan dan terus lari masuk dapur. Hahahahaha

Alhamdulillahhhh


Then, nikah laa kami pada tanggal 29 April 2017 (Sabtu). :) Majlis yang amat simple. Kad jemputan buat sendiri. Photographer guna kamera abang. Baju beli nak habis stock (RM50 sepasang warna putih dan rm120 warna oren). Tak banyak persalinan pun. Kami memang nak simple dan jimat. Make up sepupu yang make up kan. Free jea ingat nak bayar tapi dia tak nak duit. Bila semua last minute ni best jugak. Hahaha sebab jimat.

Abang ipar tolong ambilkan gambar kami. :)

Abah, suami, ustaz hilmi dan bapa mertua

Upacara batal air sembahyang

Mengaji di majlis sendiri yea? Hehehe



Alhamdulillah. Mudah sangat Allah bagi untuk bernikah di usia muda. Mungkin ini berkat amalan aku semasa bujang. Baca surah al-waqiah dan ar-rahman setiap pagi. Banyak fadhilat yang dapat daripada dua surah ni. Alhamdulillah. Murah rezeki. Allahhh bersyukur sangat-sangat. Apa-apa pun, post ini bukanlah untuk membanggakan rezeki yang diberikan oleh Allah. Tapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh jadikan pendoman buat semua. Nasihat aku, nikah di usia muda ni kena laa tabah especially masa belajar. Macam aku, aku memang struggle betul-betul masa sem lepas. Busy nak buat majlis perkahwinan. Busy nak buat program di Kemboja. Satu jea kita buat, jangan mengeluhhhh jangan cepat mengalah. Sabar laaaa dan korbankan laaa tenaga selagi mana masih mampu untuk survive di kehidupan universiti.

Terima kasih kepada suami, ummi abah, ma abah, kak niyah, kak anis, abe jan, opey, salam, adik, kak long, kak ngoh, kak yah, abe jae, kak chik, uzairi, muhaimin, asilah, lanmi, roommates 8.13; iman, tiyah, kak saf. Classmates chemistry. Roommates dulu. Schoolmates dulu. Jiran-jiran dan keluarga semua kerana menjayakan majlis ni. Alhamdulillah. Moga Allah balas jasa baik kalian. Aamiin.

Ok laaa. Sampai di sini sahaja. Moga dipermudahkan segala urusan semua dan diberkati Allah sentiasa. Byeeee. Assalamualaikum.

"Rabbi habli min ladunka zurriyyatan tayyibah. Innaka samiu addua"
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyatina qurrata a`yunin wa'j`alna li'l muttaqiina imama"

No comments:

Post a Comment