Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk kali ni menceritakan pasal kehidupan sebelum dan selepas kahwin.
Kahwin sememangnya indah tapiiii bukan indah selalu sebab setiap pasangan yang berkahwin ni mesti diuji. Alhamdulillah, diri ini masih lagi tengah mencuba hidup dengan cara kehidupan yang baru ni. Memang agak sukar tapi diri ini paksa untuk cuba dengan secara perlahan-lahan untuk terima keadaan selepas kahwin ni dan sesuaikan diri.
Sebelum kahwin, kita bebas nak buat apa sahaja especially bila duduk Mahallah. Nak bangun pukul berapa, malas masak, malas basuh baju, lipat kain dan semua kerja rumah laaa. Sebelum kahwin ni juga laa kita ada semuanya macam rumah, perabot rumah dan kehidupan kita juga sangat selesa. Masa kahwin pula, kita bagaikan raja sehari semua orang akan layan kita nak itu nak ini pasti dapat. Layanan yang diterima sangat-sangat laaa mewah.
Apabila si isteri dan suami mula duduk bersama, bermula laaa kehidupan sebenar perkahwinan. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Mula-mula kamu semua tidak boleh lagi nak tidur sesuka hati. Memang laaa kunci kejayaan rumah tangga ni jadi diri sendiri. Cuba tepuk dada tanya diri sendiri macam ini ke yang perlu kita jadi untuk pasangan kita? Adakah dia suka jika kita berperangai malas dan sentiasa busuk serta berperangai buruk? Semua ni kita perlu ubah dan jadi yang lebih baik. Tak kan kita nak hidup dalam kehidupan yang begitu sepanjang hayat kita dengan si dia. Macam kita laa, bila adik atau abang kita berperangai macam tu dekat rumah. Kita mesti marah kat mereka. Ayuh, cuba dan cuba baiki. Untuk yang belum berkahwin, cuba biasa-biasakan diri dengan berperangai elok di rumah masing-masing. Bukan atas sebab untuk kahwin semata-mata tapi untuk jadi anak yang baik untuk kedua ibu bapa kita. Berbaktilah kepada mereka. Sesungguhnya jika kita lepas kahwin, mereka akan rasa kehilangan walaupun kita masih lagi ahli keluarga mereka.
Bagi saya, perempuan memang kena pandai masak. Kalau tak pandai masak, cuba belajar sebab yang pandai masak pun masih lagi belajar memasak. Kenapa penting sangat kena pandai masak ni? Penting sebabnya lepas kahwin, kita perlu berjimat. Benda ni dapat dibuktikan dengan kes pelajar curi-curi memasak di Mahallah sebabnya untuk berjimat. Selain itu juga, dengan cara kita curahkan kasih sayang kita kepada pasangan kita ialah dengan memberi makan makanan-makanan yang sedap kepadanya. Macam si ibu masak kepada anak-anaknya. Kadang-kadang ibu mertua kita akan tanya kita, masak apa hari ni? haaa time ni laaa nak buktikan yang kita ni pandai jaga anak dia. hihihihi
Kehidupan selepas kahwin banyak sangat perlukan duit. Jadi semasa buat persiapan untuk majlis perkahwinan tu, buat laa ala kadar jangan beli barang yang mahal-mahal. Buat sekadar mampu. Selepas kahwin ni, macam-macam benda kita nak beli. Beli rumah la, beli perabot rumah dan segala kelengkapan rumah laa. Haaa time ni laa kita kena pandai manage kewangan kita. Tips untuk murah rezeki; solat dhuha, bersedekah, solat berjemaah dan jangan berhutang. Benda ni banyak saya belajar dengan suami saya. Prinsipnya, jangan berhutang selagi kita masih mampu.
Hakikat sebenar-benarnya perkahwinan ini sememangnya indah jika kita dapat keredhaan Allah. Keredhaan Allah selepas kahwin untuk seorang isteri adalah redha seorang suami. Oleh itu, sentiasa jaga hati suamidan sentiasa mohon maaf jika lakukan kesalahan. Selain itu juga, ianyan akan jadi indah jika kita selalu lakukan amal-ibadat kepada Allah bersama-sama. Terima baik buruk pasangan kita, sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan segala nikmat Allah kurniakan kepada kita. Itulah kunci utama kebahagiaan selepas perkahwinan.
Moga-moga Allah kurniakan kita keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. InsyaAllah.
Allahhh kekalkan kami hingga ke syugaMu ya Allah.
Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurratul 'ayyun wa ja'alna lilmuttaqina imamaa.
Aamiin
No comments:
Post a Comment