Pink Lollipop

Monday, October 23, 2017

Jodoh

Bismillah.

Alhamdulillah, dah start dah semester baru dan tahun akhir. Macam tak percaya, dah tahun keempat dah. Cepat betul masa berlalu. Kali ni nak share, macam mana boleh kenal encik suami. :) Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang bila teringat time mula-mula kenal dia dulu. Hahaha

Okay, mula-mula kami jumpa masa kakak aku nikah. 1 May 2015. Time tu dia datang sebagai kawan abah dan buat persembahan baca ayat al-Quran. Dia ni seorang qari. Time dia duk mengaji masa kakak aku kahwin tu, aku tak dengar pun. Tak pandang pun dia. Hahaha kesian kan? Lepas beberapa hari kakak aku kahwin tu. Abah aku cakap, "Ustaz Shafiq nok ko kak". Aku senyap jea. Tak ada respon apa-apa. "Heh" tidak "no" pun tak apatah lagi kata "yes". Memang aku diam jea. Lepas beberapa bulan tu, abah aku cakap lagi. Dia nak kat aku. Hahahaha aku senyappppp jea. Serious aku malu wehhhh. Hahaha sebab dia adalah lelaki idaman aku. Yes, aku teridam-idamkan nak lelaki yang macam abah aku. Handsome, pandai, qari, hormat orang tua dan paling penting bila dia nak kat aku. Dia direct to the point kat abah aku.

     After that, bulan-bulan berlalu. Kisah aku dengan dia tu senyappp. Hahaha. Sampai laa satu masa, aku tag fb kat abah aku yang aku buat lab subjek polymer pasal slime dan slime tu bentuk love. Captionnya, "love" for ummi dan abah.

Ni haaa slime tu. :)

Then, aku tak tahu yang dia tu friend dlm fb dgn abah aku. Lepas daripada tu, dia add aku. Hahaha aku excited laaa wehhh. Hahahaha Ok Ok Ok hold on tak kan laaa aku nak main approve jea dia. Hahaha *jual mahal babe. Lepas beberapa hari, aku citer kat roommate aku Nik Fatiyah. Dia citer laa yang kakak dia pun ada jea orang add dia dalam fb sebab nak kenal-kenal pastu kalau tak jadi kenal-kenal tu remove laa friend tu. Hahaha Kejam babe. So aku pun fikir positif, dia nak kenal-kenal kot. Ok kali ni memang pelikkk. Aku siap baca bismillahirrahmanirrahim lagi pastu baru tekan approve. Hahahah

Okay, lepas approve tu, kami tak chatting langsung k! Hahaha malu wehhhh. Ooooo tak ingatttt, rasanya lepas aku approve dia dalam fb tu, aku approve dia dalam instagram. Perghhh maju hubungan aku dengan dia, kenal trough media social. Hahaha melalui instagram laaa kita start chatting. Ni setelah berbulan-bulan approve k.

Mula-mula aku yang komen kat instagram dia kat gambar anak sedara dia Ayya comel plus putih seppuu. Pastu dia reply komen aku cakap tu anak buah dia. Hahaha *dalam hati aku amboiii lajunyaa balas komen aku. Hahahahahahah pastu tertengok gambar abah aku dengan ustaz Wan Hilmi (orang tengah hubungan kami serangkap kawan baik abah aku) kat instagram dia. Pastu aku komen, kirim salam kat baju petak-petak tu. Then, of course dia balas komen aku. Kahkah. Lepas aku duk komen-komen gambar ig dia. Dia pun sibuk komen ig aku. Hahaha setiap gambar aku post semua dia komen. Aku pun pm dia cakap, kuat ngomen. Mula daripada tu laaa aku dengan dia start kenal-kenal. Tapi still on kejap off lamaaa. Sebab dua-dua jual mahal.Dua-dua duk main tarik tali.

Sampai laa awal bulan 2 tahun ni, aku start kenal betul-betul dan tak main-main dengan dia. Dia tanya aku bila free, then aku cakap weekend free. Dia pun datang laaa merisik. Prinsip aku, sesiapa jea yang betul-betul serious nak kat aku sampai datang merisik ni. Aku akan terima jea dia. Tak sangka, dia orang pertama datang merisik aku dan aku terima dia. Alhamdulillah. Lepas merisik tu aku kena pergi misi kemanusiaan di Kemboja. Time ni memang busy laaa. Dengan mid-sem lagi. Fuhhhh. Awalnya, tak nak pun buat majlis pertunangan. Tapi entah apa yang dibincang oleh ummi abah dengan ma abah dia tu sampai lepas aku balik Kemboja terus tunang. Hahaha serious semput. Tapiii alhamdulillahhh. Semuanya berjalan lancar. Tak sangka-sangka lepas daripada merisik tuu semua urusan kami dipermudahkan dan dipercepatkan. Allahh, betul laa orang cakap, kalau dah jodoh semuanya akan mudah jea. Aku dengan dia ni, dua-dua sama suka. Alhamdulillah. Hihihi

Ni gambar time merisik. Abah dia yang suruh ambil sebab dia cakap kita ni nak eratkan silaturrahim.

Time merisik ni masak sayur lemak dengan ayam bakar jea (ayam bakar ni dah jadi makanan favourite suami dah. Kalau balik rumah mesti dia request)

Time ni malu gila wehh. Buat air pastu, hidangkan dan terus lari masuk dapur. Hahahahaha

Alhamdulillahhhh


Then, nikah laa kami pada tanggal 29 April 2017 (Sabtu). :) Majlis yang amat simple. Kad jemputan buat sendiri. Photographer guna kamera abang. Baju beli nak habis stock (RM50 sepasang warna putih dan rm120 warna oren). Tak banyak persalinan pun. Kami memang nak simple dan jimat. Make up sepupu yang make up kan. Free jea ingat nak bayar tapi dia tak nak duit. Bila semua last minute ni best jugak. Hahaha sebab jimat.

Abang ipar tolong ambilkan gambar kami. :)

Abah, suami, ustaz hilmi dan bapa mertua

Upacara batal air sembahyang

Mengaji di majlis sendiri yea? Hehehe



Alhamdulillah. Mudah sangat Allah bagi untuk bernikah di usia muda. Mungkin ini berkat amalan aku semasa bujang. Baca surah al-waqiah dan ar-rahman setiap pagi. Banyak fadhilat yang dapat daripada dua surah ni. Alhamdulillah. Murah rezeki. Allahhh bersyukur sangat-sangat. Apa-apa pun, post ini bukanlah untuk membanggakan rezeki yang diberikan oleh Allah. Tapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh jadikan pendoman buat semua. Nasihat aku, nikah di usia muda ni kena laa tabah especially masa belajar. Macam aku, aku memang struggle betul-betul masa sem lepas. Busy nak buat majlis perkahwinan. Busy nak buat program di Kemboja. Satu jea kita buat, jangan mengeluhhhh jangan cepat mengalah. Sabar laaaa dan korbankan laaa tenaga selagi mana masih mampu untuk survive di kehidupan universiti.

Terima kasih kepada suami, ummi abah, ma abah, kak niyah, kak anis, abe jan, opey, salam, adik, kak long, kak ngoh, kak yah, abe jae, kak chik, uzairi, muhaimin, asilah, lanmi, roommates 8.13; iman, tiyah, kak saf. Classmates chemistry. Roommates dulu. Schoolmates dulu. Jiran-jiran dan keluarga semua kerana menjayakan majlis ni. Alhamdulillah. Moga Allah balas jasa baik kalian. Aamiin.

Ok laaa. Sampai di sini sahaja. Moga dipermudahkan segala urusan semua dan diberkati Allah sentiasa. Byeeee. Assalamualaikum.

"Rabbi habli min ladunka zurriyyatan tayyibah. Innaka samiu addua"
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyatina qurrata a`yunin wa'j`alna li'l muttaqiina imama"

Thursday, July 6, 2017

Hakikat kehidupan sebelum dan selepas kahwin

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk kali ni menceritakan pasal kehidupan sebelum dan selepas kahwin.
Kahwin sememangnya indah tapiiii bukan indah selalu sebab setiap pasangan yang berkahwin ni mesti diuji. Alhamdulillah, diri ini masih lagi tengah mencuba hidup dengan cara kehidupan yang baru ni. Memang agak sukar tapi diri ini paksa untuk cuba dengan secara perlahan-lahan untuk terima keadaan selepas kahwin ni dan sesuaikan diri.

Sebelum kahwin, kita bebas nak buat apa sahaja especially bila duduk Mahallah. Nak bangun pukul berapa, malas masak, malas basuh baju, lipat kain dan semua kerja rumah laaa. Sebelum kahwin ni juga laa kita ada semuanya macam rumah, perabot rumah dan kehidupan kita juga sangat selesa. Masa kahwin pula, kita bagaikan raja sehari semua orang akan layan kita nak itu nak ini pasti dapat. Layanan yang diterima sangat-sangat laaa mewah.

Apabila si isteri dan suami mula duduk bersama, bermula laaa kehidupan sebenar perkahwinan. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Mula-mula kamu semua tidak boleh lagi nak tidur sesuka hati. Memang laaa kunci kejayaan rumah tangga ni jadi diri sendiri. Cuba tepuk dada tanya diri sendiri macam ini ke yang perlu kita jadi untuk pasangan kita? Adakah dia suka jika kita berperangai malas dan sentiasa busuk serta berperangai buruk? Semua ni kita perlu ubah dan jadi yang lebih baik. Tak kan kita nak hidup dalam kehidupan yang begitu sepanjang hayat kita dengan si dia. Macam kita laa, bila adik atau abang kita berperangai macam tu dekat rumah. Kita mesti marah kat mereka. Ayuh, cuba dan cuba baiki. Untuk yang belum berkahwin, cuba biasa-biasakan diri dengan berperangai elok di rumah masing-masing. Bukan atas sebab untuk kahwin semata-mata tapi untuk jadi anak yang baik untuk kedua ibu bapa kita. Berbaktilah kepada mereka. Sesungguhnya jika kita lepas kahwin, mereka akan rasa kehilangan walaupun kita masih lagi ahli keluarga mereka.

Bagi saya, perempuan memang kena pandai masak. Kalau tak pandai masak, cuba belajar sebab yang pandai masak pun masih lagi belajar memasak. Kenapa penting sangat kena pandai masak ni? Penting sebabnya lepas kahwin, kita perlu berjimat. Benda ni dapat dibuktikan dengan kes pelajar curi-curi memasak di Mahallah sebabnya untuk berjimat. Selain itu juga, dengan cara kita curahkan kasih sayang kita kepada pasangan kita ialah dengan memberi makan makanan-makanan yang sedap kepadanya. Macam si ibu masak kepada anak-anaknya.  Kadang-kadang ibu mertua kita akan tanya kita, masak apa hari ni? haaa time ni laaa nak buktikan yang kita ni pandai jaga anak dia. hihihihi


Kehidupan selepas kahwin banyak sangat perlukan duit. Jadi semasa buat persiapan untuk majlis perkahwinan tu, buat laa ala kadar jangan beli barang yang mahal-mahal. Buat sekadar mampu. Selepas kahwin ni, macam-macam benda kita nak beli. Beli rumah la, beli perabot rumah dan segala kelengkapan rumah laa. Haaa time ni laa kita kena pandai manage kewangan kita. Tips untuk murah rezeki; solat dhuha, bersedekah, solat berjemaah dan jangan berhutang. Benda ni banyak saya belajar dengan suami saya. Prinsipnya, jangan berhutang selagi kita masih mampu.

Hakikat sebenar-benarnya perkahwinan ini sememangnya indah jika kita dapat keredhaan Allah. Keredhaan Allah selepas kahwin untuk seorang isteri adalah redha seorang suami. Oleh itu, sentiasa jaga hati suamidan sentiasa mohon maaf jika lakukan kesalahan. Selain itu juga, ianyan akan jadi indah jika kita selalu lakukan amal-ibadat kepada Allah bersama-sama. Terima baik buruk pasangan kita, sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan segala nikmat Allah kurniakan kepada kita. Itulah kunci utama kebahagiaan selepas perkahwinan.

Moga-moga Allah kurniakan kita keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. InsyaAllah.
Allahhh kekalkan kami hingga ke syugaMu ya Allah.
Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurratul 'ayyun wa ja'alna lilmuttaqina imamaa.
Aamiin

Wednesday, June 14, 2017

Lama Tak Update Blog Weh

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Heeeee sekian lama menyepi kat blog ni. Bertahun-tahun dah tak update, apa jadi kat blog ni pun tak tahu. Ni update ni atas sebab request dari someone special. Ehem-ehem.

Alhamdulillahhhhhh sepanjang perjalanan hidup ni macam-macam dah jadi kat diri ni. Kenangan yang paling bahagia sekali masa tanggal 29/04/2017. Hikssss tarikh sejarah yang mana aku kahwin dengan insan yang aku memang betul-betul berkenan (haaaa sudahhhh perasan laaa orang tu jap lagi).
Tapi kat sini tak nak laaa cerita pasal tu. Tapi saja jea nak update nak latih diri untuk ada nilai-nilai rajin menaip dan membaca.

Sekarang ni, tengah latihan industri dekat ROSH-UKM. Baru hari kedua, so far tak banyak lagi kerja tapi dah nampak dah apa peranan ROSH ni. InsyaAllah lepas raya ni baru start projek, Laaa ni kena hadam buku AKTA. Baca sampaiii puas dan muntah hijau.

Semalam first day intern, sepatutnya start 12hb tapi 12hb Selangor cuti nuzul Quran, so start laaa 13hb. Intern ni masa bulan puasa, so sahur subuh mandi semua. Pukul 7.15 pagi baru keluar rumah. Huishhhh jam teruk ehh duk kat bandar ni. Ni first time duk kat bandar ala-ala KL gitu. Hahaha. Terima kasih Encik Suami sebab sudi hantar dan ajar diri ni untuk kenal jalan. Sampai jea tempat intern rasa ackward sangat-sangat. Pastu ketuk pintu dan masuk cakap, "assalamualaikum, saya Nabiilah dari UIA yang nak intern kat sini". Kak shu pun "ooooo Nabiilah, masukk duduk-duduk, ni meja awak. Nama akak kak shu. Awak duk sini dulu nanti kita tunggu SV awak datang yea"

Lepas kenal sikit-sikit dengan kak shu (kenal ke? x kenal sgt pun sebab segan nak tegur semua sibuk buat kerja) pergi jumpa SV. First-first dia suruh kenalkan diri dan cakap pasal pernah belajar apa dulu. Mostly pasal background OSH laa. Then, dia pun terangkan apa ni ROSH, apa dia buat semua-semua, apa aku bakal buat kat sini.

First task is to read ACT's book about act and rules. Fuhhh. Time ni rasa ngantuk sangat-sangat. Boleh pulak tertitdur kat pejabat ni. Huuuuu segan betul. Then, rehat pergi solat zohor sorang-sorang. Lepas zohor, kena jumpa Puan Zee Fazleen, borak-borak dengan dia. Oh lupa, boss sini baik orangnya, dia bagi putu bamboo. Sedapppp. Heeee sampai habis makan benda tu. Then, balik (macam biasa jalan jem). Suami bawak pergi beli barang dapur kejap. Sampai rumah lewat, dengan nak masak lagi mandi lagi. Rasa macam tak sempat jea. Tapi alhamdulillah sempat dengan bantuan Encik Suami. Allahhh alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang rajin tolong isteri kat dapur. heeeee

Terawih semalam, penat sangat-sangat dan ngantuk teramat sampai nak jatuh sebab ngantuk masa solat. Time ni maluuuuu sangat. Huishhh then, pergi ambil wudhu' baru. Baru laaa rasa segar. Balik-balik terus tidur. Penat sangat. Tak tahu kenapa. Maybe sebab kurang tidur kot.

Ok laaaaaa. Heeeee tu kisah semalam. Saje jea ni update blog. Lama tak update. :)

Adios. Selamat berpuasa semuaaaa

Ikhlas,
Nabiilah binti Mat Yusoff 14.06.2017