Kahwin??? Sweetnya bila dengar pasal kahwin kan?? Apa yang sweet tu?? entah laa saya pun tak tahu..huhu Mesti laa saya tak yahu sebab saya tak kahwin lagi.. Apa laa..
Kalau awak semua nak tahu umi dan abah saya kahwin muda taw.. Kahwin atas dasar pilihan orang tua. Meh nak cerita pasal diaorang ni.. Sweet jugak laaa.. Ok.. Tok ayah saya dulu seorang imam kat Kampung Pahi ni and famous lagi taw.. Semua orang kenal dia "Tok Imam Hussien"..huhu Tapi saya tak sempat jumpa dia. Dia meninggal pada tahun 1990 kalau tak silap saya, meninggal atas sebab sakit jantung. Umi saya cakap tok ayah dulu garang orangnya.. Eeeee takutnya..
Berbalik kepada cerita "umi dan abah saya" pula. Abah saya ni seorang lelaki yang soleh ataupun dalam bahasa kelantan "jurus" sangat-2 dan dia selalu pergi masjid untuk solat berjemaah bak kata orang kaki masjid. Disebabkan sikap yang ada pada abah saya itu laa yang membuatkan tok ayah saya berkenan kat dia.. "jurus" kan abah saya?? Macam saya..hahahaha gurau jea..
Pada suatu hari, tok ayah panggil umi saya.."Yah mari sini kejap nak,ayah nak cakap sikit." Umi saya pun pergi kat tok ayah "yea ayah ada apa?". Tok ayah saya pun cakap kat umi saya yang dia nak nikahkan umi saya dengan seseorang ni yakni abah saya laa seseorang tu. Apa respon umi saya bila tahu tentang "kahwin"??? Saya tak tahu sebab umi saya tak pernah cerita pun kat saya tentang kisah-2 dia pada zaman dahulu. Tapi macam mana saya tahu lak?? Hah yang ni mesti laa emak saudara saya sendiri yang ceritakan kat saya. Lepas tu umi saya cakap kat tok ayah saya yang dia ikut sahaja keputusan tok ayah saya. Tengok "jurus" betul umi saya ni.. Kalau saya laa,huh mesti dah menjerit "TAK NAK!!!"..hahaha Gurau jea..
Pada hari yang seterusnya, tok ayah jumpa dengan abah saya dan menyatakan hasrat hatinya itu iaitu untuk jadikan abah saya tu sebagai menantunya. Mak aii terkejut beruk abah saya bila dengar tu..hahaha Pe respon abah saya time ni pun saya tak tahu sebab diaorrang tak pernah cerita kat saya.. Sedih taw..huhu
Bila abah saya tahu hasrat hati tok ayah saya tu, abah saya tolak permintaan tersebut atas sebab dia tak sedia lagi dan masih nak belajar lagi. Cis,main-2 jea abah saya reject umi saya. Huh dia tak kenal lagi siapa umi saya.hahaha
Tok ayah saya pun sedih sangat sebab abah saya tak dapat nak penuhi permintaan dia. Dia pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh hiba taw. Masa tu umi saya tengah menyapu kat luar rumah. Wow rajinnya umi saya.hahaha Tok ayah saya pun cakap kat umi saya "Yah, ayah minta maaf sebab Yusoff tak ssedia lagi nak kahwin." Umi saya pun cakap "tak apa laa ayah, tak kann kita nak paksa dia lak lagi pun tu hak dia".. Betul juga apa yang umi saya cakap tu.. Saya sokom 100%!!!
Dalam beberapa hari seterusnya, kawan-2 abah saya pujuk abah saya supaya kahwin dengan umi saya tu. Yea laa rugi taw kalau abah saya reject umi saya dah laa cantik pastu "jurus" pulak tu.. Tengok laa anak dia ni sebijik macam dia..hahahaha
Lepas pujuk punya pujuk abah saya pun setuju untuk kahwin dengan umi saya. Jual mahal betul laa abah saya ni. Bila tok ayah saya tahu pasal ni. Mak aii bahagia betul dia hari tu taw. :)
Bertunang laa abah saya dengan umi saya.. Belum sampai sebulan diaorang pun nikah..
Diaorang nikah dan bercinta selepas nikah. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang tambah-2 pula ada anak-2 yang comel-2 macam saya ni..
Sweet kan????
Ni time anniversary diaorang.. :)
p/s: muka umi saya pucat time ni sebab dia bru jea lepas operate..
Ok laa sweet kan kisah diaorang?? Kisah saya lak macam mana yea?? Saya pun tak tahu sebab semuanya telah ditentukan olehNya.
Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada kita kelak. Kita juga mesti patuh kepada ibubapa kita selagi perintah tersebut tidak melanggari syariat Allah. Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Ok laa itu sahaja.
SALAM UKHWAH...
No comments:
Post a Comment