Assalamualaikum..
Saya nak minta maaf sebab post saya yang mula-2 tu saya berbahasa ''aq'' dan banyak guna singkatan kata..
Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan "AL-MATHURAT"..
Ni mathurat saya punya..hehehe
Mathurat ni hadiah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena majlis tilawah dan hafazan Al-quran peringkat zon timur 2010. Abah saya qari. Saya penonton jea..
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu,dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong daripada orang yang lalai." (Surah al-A'raf7 : 205)
Rasulullah SAW sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap Rasulullah SAW berzikir dan berdoa ialah pada waktu pagi dan petang. Amalan membaca Al-Mathurat ni ialah selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib. Al-Mathurat ini juga adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh al-Iman al-Syahid Hasan al-Banna.
Kelebihan mengamalkan Al-Mathurat:
<3 Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
<3 Terpelihara daripada bahaya dan perkara-2 yang tidak diingini.
<3 Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
<3 Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
<3 Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
<3 Layak mendapat syafaaat pada hari kiamat.
<3 Sering mendapat kelebihan yang tersendiri.
<3 Memberi ketenangan dalam jiwa.
<3 Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
<3 Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara..
Jadi, apa lagi..jom kita semua amalkannya dalam setiap hari dalam kehidupan kita yea..sama-2 laa kita praktikkan..InsyaAllah..
terdetik hati saya untuk berkongsi ilmu ini kerana teringat akan kata-2 kawan saya yang dia buat blog bukan sahaja-2 tapi kerana nak kongsi ilmu. Bila fikir-2 kan betul juga. InsyaAllah post yang seterusnya saya akan kongsi kan ilmu yang lebih menarik dan berguna untuk kamu si pembaca.. >,<
Salam Ukhwah.
No comments:
Post a Comment