Pink Lollipop

Sunday, February 19, 2012

Buat Adam... Dari Hawa


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun..... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalam menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...... mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyising peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung ! Kenapa? Mengapa begitu ADAM??? Ya ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar !
Adam selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka??
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya iman dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku..... akalku satu nafsuku beribu ! Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku serinfg lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyalami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad kedalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan Tuhanmu yang engkau agungkan itu..........


Saturday, February 18, 2012

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah...??


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, abah, suami serta pipi munggil anak-anak.


Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.


Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.


Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan  memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. wajah akan suram, mata akan kelam.


Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat kesempurnaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.




Anda ingin lebih cantik dan menarik...????

  • Jadikanlah Ghadhbul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari solekan iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
InsyaAllah.. :)

Tuesday, February 14, 2012

Fibroid

Hah fibroid???? Apa itu fibroid ek??? Sabar-2 kejap lagi saya bagitahu apa itu fibroid. Sabar yea. Ingat k yang Allah ni sentiasa bersama orang-2 yang bersabar..hehehehe


Ok.. Fibroid ni sejenis ketumbuhan yang tumbuh kat rahim seseorang perempuan itu. Fibroid ini juga terhasil kerana ketidakstabilan hormon-hormon seseorang perempuan itu. Tengok macam-2 penyakit sekarang kan??? Antara siptom-2 fibroid ini ialah seseorang perempuan itu akan datang haid dalam tempoh masa yang lama. Lepas itu, perut si mangsa juga akan nampak sedikit buncit seolah-2 nampak yang dia ni macam mengandung walhal sebenarnya dia tidak mengandung.



Fibroid ini juga biasanya berlaku pada seorang perempuan yang telah pun mendirikan rumah tangga.
Kalau awak semua nak tahu, fibroid ni jahat taw. Dia makan segala zat-2 yang ada dalam tubuh kita ini.
Disebabkan itu juga laa secara automatik dia akan membuat pesakit itu nampak pucat akibat kekurangan sel-2 darah merah serta membuatkan pesakit itu lemah dan tidak bermaya.



Jahat betul fibroid ni kan??? Dah laa ketumbuhan lepas itu makan darah orang pula tu. Memang tak tahu malu betul. Huh  Tak suka laa fibroid ni.. Jahat sangat.. Emm kalau awak semua nak tahu pasal fibroid ni sila rujuk pada pakar yea sebab saya hanya tahu itu sahaja. Saya tahu ini pun sebab umi saya merupakan salah seorang mangsa fibroid. Umi saya terpaksa bedah perutnya dan buang rahimnya sebab tak nak bagi akar-2 fibroid itu terus hidup sekaligus buat umi saya semakin sakit ada laa.. Kebanyakan semua pesakit yang menghidap penyakit ini dia terpaksa buang rahimnya itu demi menjamin keselamatan mereka terus terjamin. Alhamdullillah umi saya terselamat daripada fibroid itu. Pemendahan itu dilakukan di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu selama 5 jam kalau tak silap saya.



Jadi sebagai seorang perempuan kita semua kena laa berjaga-2.. Saya juga pernah terbaca yang fibroid ini juga berpunca daripada makanan. Jadi perempuan-2 di luar sana tu jaga laa permakanan awak yea jika awak semua tak nak benda ni berlaku kat awak.





Ni gambar masa kawan-2 umi saya pergi melawat dia kat hospital.






Hah ni dia fibroid umi saya..













ni time umi saya sedar dan tak sedar..baru keluar bilik bedah..



saya dan kakak saya tengok keadaan umi saya lepas bedah.


Ok laa nanti saya kongsi lagi..


SALAM UKHWAH..



Monday, February 13, 2012

Kahwin :)

Kahwin??? Sweetnya bila dengar pasal kahwin kan?? Apa yang sweet tu?? entah laa saya pun tak tahu..huhu  Mesti laa saya tak yahu sebab saya tak kahwin lagi.. Apa laa..

Kalau awak semua nak tahu umi dan abah saya kahwin muda taw.. Kahwin atas dasar pilihan orang tua. Meh nak cerita pasal diaorang ni.. Sweet jugak laaa.. Ok.. Tok ayah saya dulu seorang imam kat Kampung Pahi ni and famous lagi taw.. Semua orang kenal dia "Tok Imam Hussien"..huhu Tapi saya tak sempat jumpa dia. Dia meninggal pada tahun 1990 kalau tak silap saya, meninggal atas sebab sakit jantung. Umi saya cakap tok ayah dulu garang orangnya.. Eeeee takutnya..

Berbalik kepada cerita "umi dan abah saya" pula. Abah saya ni seorang lelaki yang soleh ataupun dalam bahasa kelantan "jurus" sangat-2 dan dia selalu pergi masjid untuk solat berjemaah bak kata orang kaki masjid. Disebabkan sikap yang ada pada abah saya itu laa yang membuatkan tok ayah saya berkenan kat dia.. "jurus" kan abah saya?? Macam saya..hahahaha gurau jea..


Pada suatu hari, tok ayah panggil umi saya.."Yah mari sini kejap nak,ayah nak cakap sikit." Umi saya pun pergi kat tok ayah "yea ayah ada apa?". Tok ayah saya pun cakap kat umi saya yang dia nak nikahkan umi saya dengan seseorang ni yakni abah saya laa seseorang tu. Apa respon umi saya bila tahu tentang "kahwin"??? Saya tak tahu sebab umi saya tak pernah cerita pun kat saya tentang kisah-2 dia pada zaman dahulu. Tapi macam mana saya tahu lak?? Hah yang ni mesti laa emak saudara saya sendiri yang ceritakan kat saya. Lepas tu umi saya cakap kat tok ayah saya yang dia ikut sahaja keputusan tok ayah saya. Tengok "jurus" betul umi saya ni.. Kalau saya laa,huh mesti dah menjerit "TAK NAK!!!"..hahaha Gurau jea..

Pada hari yang seterusnya, tok ayah jumpa dengan abah saya dan menyatakan hasrat hatinya itu iaitu untuk jadikan abah saya tu sebagai menantunya. Mak aii terkejut beruk abah saya bila dengar tu..hahaha Pe respon abah saya time ni pun saya tak tahu sebab diaorrang tak pernah cerita kat saya.. Sedih taw..huhu

Bila abah saya tahu hasrat hati tok ayah saya tu, abah saya tolak permintaan tersebut atas sebab dia tak sedia lagi dan masih nak belajar lagi. Cis,main-2 jea abah saya reject umi saya. Huh dia tak kenal lagi siapa umi saya.hahaha

Tok ayah saya pun sedih sangat sebab abah saya tak dapat nak penuhi permintaan dia. Dia pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh hiba taw. Masa tu umi saya tengah menyapu kat luar rumah. Wow rajinnya umi saya.hahaha Tok ayah saya pun cakap kat umi saya "Yah, ayah minta maaf sebab Yusoff tak ssedia lagi nak kahwin." Umi saya pun cakap "tak apa laa ayah, tak kann kita nak paksa dia lak lagi pun tu hak dia".. Betul juga apa yang umi saya cakap tu.. Saya sokom 100%!!!

Dalam beberapa hari seterusnya, kawan-2 abah saya pujuk abah saya supaya kahwin dengan umi saya tu. Yea laa rugi taw kalau abah saya reject umi saya dah laa cantik pastu "jurus" pulak tu.. Tengok laa anak dia ni sebijik macam dia..hahahaha

Lepas pujuk punya pujuk abah saya pun setuju untuk kahwin dengan umi saya. Jual mahal betul laa abah saya ni. Bila tok ayah saya tahu pasal ni. Mak aii bahagia betul dia hari tu taw. :)
Bertunang laa abah saya dengan umi saya.. Belum sampai sebulan diaorang pun nikah..
Diaorang nikah dan bercinta selepas nikah. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang tambah-2 pula ada anak-2 yang comel-2 macam saya ni..



                                               Sweet kan????


                                      Ni time anniversary diaorang.. :)

p/s: muka umi saya pucat time ni sebab dia bru jea lepas operate..

Ok laa sweet kan kisah diaorang?? Kisah saya lak macam mana yea?? Saya pun tak tahu sebab semuanya telah ditentukan olehNya.

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada kita kelak. Kita juga mesti patuh kepada ibubapa kita selagi perintah tersebut tidak melanggari syariat Allah. Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Ok laa itu sahaja.


SALAM UKHWAH...

Sunday, February 12, 2012

Al-Mathurat

Assalamualaikum..
Saya nak minta maaf sebab post saya yang mula-2 tu saya berbahasa ''aq'' dan banyak guna singkatan kata..
Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan "AL-MATHURAT"..
                                            Ni mathurat saya punya..hehehe
Mathurat ni hadiah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena majlis tilawah dan hafazan Al-quran peringkat zon timur 2010. Abah saya qari. Saya penonton jea..

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu,dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong daripada orang yang lalai." (Surah al-A'raf7 : 205)

Rasulullah SAW sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap Rasulullah SAW berzikir dan berdoa ialah pada waktu pagi dan petang. Amalan membaca Al-Mathurat ni ialah selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib. Al-Mathurat ini juga adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh al-Iman al-Syahid Hasan al-Banna.

Kelebihan mengamalkan Al-Mathurat:
<3 Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
<3 Terpelihara daripada bahaya dan perkara-2 yang tidak diingini.
<3 Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
<3 Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
<3 Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
<3 Layak mendapat syafaaat pada hari kiamat.
<3 Sering mendapat kelebihan yang tersendiri.
<3 Memberi ketenangan dalam jiwa.
<3 Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
<3 Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara..

Jadi, apa lagi..jom kita semua amalkannya dalam setiap hari dalam kehidupan kita yea..sama-2 laa kita praktikkan..InsyaAllah..

terdetik hati saya untuk berkongsi ilmu ini kerana teringat akan kata-2 kawan saya yang dia buat blog bukan sahaja-2 tapi kerana nak kongsi ilmu. Bila fikir-2 kan betul juga. InsyaAllah post yang seterusnya saya akan kongsi kan ilmu yang lebih menarik dan berguna untuk kamu si pembaca.. >,<

Salam Ukhwah.

Thursday, February 9, 2012

Salah Tanggapan

Aq sekarang sedang belajar di Maahad Muhammadi Gua Musang untuk ambil STAM sementara tunggu result SPM keluar.pendek cite aq ni budak bru laa kt situ kn senang kowang sume nk faham kn??
Sorry laa
nh first time aq wt blog..huhu aq thu blog aq nh terlalu simple n xmenarik langsung kn??
yea aq thu..huhu
oit..bace nh aq nk cite pasal dak2 GM nh..
mula2 aq ingt owg GM nh ''bekeng2'' sumenya tp x..aq silap..
aq cakap dyorang ''bekeng'' sbb aitu aq pg daftarkn adk aq yg drjh1 tu kat s.k.sri wangi 1..
aq tengok makcik2 yg daftarkn ank2 dyorang sume garang2..eeeee seram aq..dh laa mase tu aq xkenal sowang pom kat situ..sabar jea laa ekk..
namun tanggapan aq tu silap k..
BILA..
mase ai pertama aq pg MMGM sowang diri n lgsg xkenal sape2 pom kat situ..
mula2 tu rasa nk nangis pon ada..hua3 macam budak2 kn??
pstu bile smpai jea kt MMGM tu aq pom duk laa kt kantin..
mse tu aq pakai ken hitam yela kan form6 dh msti laa kna pkai ken hitam..
bye3 ken purple..hahaha
pstu aq pom intai laa sape yg pkai ken hitam ni..aq xnmpak lg..pstu aq ternampak sowng pempuan tu aq pom pg tanya kt dy..
aq: "awk amek stam ugk ko??''
si dia: "hom amek ugk"..
kowng tawx dy jawab acu xacu jea..aq nh pe ag aq pom pk bukn2 r..huhu aq
pstu aq tnya aq..
aq: ''awk sy malu laa sbb sy sowang jah wt paka ken hite nh"
si dia: ''oloh,ilek r meta ag ada laa tu''
5 minit kemudian..
kawan2 dy pom datang..aq pon ase lega sikit..fuhh~
aq knalkn dri aq kt dyorang sume n tawx dyorng nh open minded..
dyorang ugak bek..aq suke kawan dgn dyorang..n sgala tggapan aq yg owg2 gm nh "bekeng" sume salah k..
dyorang gak sllu tolong aq..n dyorang ugak comel3..hehehe
Now..
aq sukakn owg gm..hehehe
(dalam mksd dy nh)
hahaha
gurauan semata2 k..
nnti len kli aq cite kt kowang sume lg ek..k tadaaa~
jaga dri molek.. :)