Pink Lollipop

Tuesday, July 31, 2012

Cemburu

Assalamualaikum w.b.t tabik spring laa kat saya ni sebab hari ada quiz masih sempat lagi nak berblogging bagai. Alahai sejak akhir-2 ni saya tak tahu laa kenapa. Saya mudah sangat untuk cemburu. :( Mungkin ni satu ujian daripada Allah kot. Yea laa nak tengok saya ni bersyukur ke tak dengan apa yang saya ada sekarang ni.



Let me tell you something, actually saya bukan nak cakap pasal cemburu sangat pun tapi tak tahu nak buat tajuk apa jadi saya buat laa cemburu. k stop it! I do not even know what my heart feels right now. Sometimes when i saw him i feel scared, nervous, happy. Am i fall in love right now??? Ya Allah jauhkan lah aku dari zina hati Ya Allah. Kasihku padaMu pun belum cukup lagi ni apatah lagi nak kasihkan kepada lelaki dah laa masih lagi bergelar sebagai pelajar. Tolong kautkan imanku ya Allah agar aku tak kalah dengan nafsu ini. :(

Umur pun baru jea setahun jagung ada hati nak bergewan2 bagai. Hoi bilah! sedar diri kau tu. Cermin diri kau tu dulu sebelum kau nak gewe-2 nih. Layakkah kau dicintai?? Perangai pun buruk. Yea..yea..saya sedar!! saya memang tak layak dicintai.! Jangan mudah mengalah laa. Bilah kuat!! Tapi kan..emm laki yang saya suka tu dah nak pergi jauh dah dia nak g timur tengah. Maybe ni last kitaorang jumpa. Kalau laa si dia ni sedang membaca blog ini macam mana?? tak ke malu kau bilah. Yea laa sebab kau terhegeh-2 nak kat dia tapi dia tu belum tentu lagi suka kat kau. Lantak dia laa ni blog bilah punya bukan blog dia punya.hahahaha Apa laaa yang aku merepek ni! aaaaa tension kot. Lantak laaa kau cinta!!!!!!!! wat aku jadi )!*^#!@#5(   jea. Sekarang fokus!!! study-2.. Lepas study baru laa fikir pasal ni. kalau jodoh tak kan ke mana punya. Ok laa setakat ni jea kot kekoksean post saya hari ni..hahaha ok laa see you.. Selamat berpuasa!! =,='


Tuesday, July 17, 2012

اهلا و سهلا يا رمضان.....



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Ya Allah sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa dah kita. Cakap pasal Ramdhan ni, bersediakah wahai kawan-2 ku semua untuk menghadapi ramadhan ini??? Bagaimana pula persiapan kita ek???emm semua tu awak kena muhasabahkan diri anda..tanya balik pada diri anda..bersediakah dan bagaimanakah persiapan kita untuk ramadhan ini. Harap-2 ianya akan menjadi yang lebih baik daripada ramadhan yang lepas-2. InsyaAllah. :) tak sabar rasanya nak solat terawih.huhuhu




Ramadhan merupakan bulan yang amat mulia sebab segala amalan kita yang kita lakukan pada bulan ramadhan ni kita akan dapat ganjaran yang lebih berganda daripada yang sebelum-2 ni. Waaah kan best macam tu. :) Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ini, contohnya peristiwa turunnya Al-Quran dan malam lailatul qadar. Peristiwa nuzul Al-Quran ini berlaku pada 17 Ramadhan dan seperti yang kita tahu Al-Quran itu merupakan pedoman bagi umat Islam. Ingat lagi tak wahyu apakah yang first sekali yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW???? Haaaa pandai pun, yang iqra' tu kan. Surah Al-alaq ayat 1-5 kan??? Yup betul ayat 1-5. :) Kejap2 di manakah peristiwa ini berlaku??? kat GUA HIRA' JABAL NUR!!!! terbaik...betul tu..Subhanallah pandainya kamu semua. Alhamdulillah.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam kemulian(lailatul qadar). Tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan, sampai terbit fajar."
Doa saya untuk awak semua. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatul qadar ini dan amat bertuahlah bagi orang yang memperolehi keberkatan sepenuhnya daripada malam ini dengan cara menghabiskan masanya dengan beribadah kepada Allah.




Banyak lagi sebenarnya tapi yang terlintas difikiran saya buat masa ini tu jea.huhu maaf ek. Sama-2 laa kita memperbaikikan amalan kita serta memperelokkan lagi amalan kita pada bulan ramadahan ini. InsyaAllah.

Ok laa tu sahaja dari saya. Salam ukhwah. ^_^