Sunday, May 13, 2012
UIAM vs IPG
Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum..
Mulanya saya nak minta maaf sebab dah lama dah tak update status blog saya ni. Biasa laa sibuk.
Alhamdulillah keputusan UPU dah keluar dan saya dapat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), asasi sains fizikal. Pada 8hb yang lepas juga saya telah menjalani temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) jurusan Bahasa Arab dan masa temuduga tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kepututsannya akan saya ketahui nanti 05.06.2012. Doakan saya yea kawan-kawan.
Sekarang bermacam-macam dilema yang saya lalui. Ya Allah pening kepala dibuatnya.
UIAM vs IPG.
UIAM merupakan universiti yang saya idam-idamkan semenjak saya SPM lagi. Bagi saya UIAM ni bagus laa sebab kalau saya pergi kat sana saya tak akan tinggal bahasa arab saya tu serta saya dapat kekalkan tudung labuh yang baru sahaja sebati dengan saya. Tambahan pula saya dapat kekalkan gelaran sebagai pelajar sains. Saya sayang sangat nak tinggal fizik, kima, addmath dan math semua tu. Sayang tahu. Tapi yang paling tak suka UIAM ni bila nak sambung ijazah tu kena pinjam dengan PTPTN kalau tak nak pinjam boleh jea tapi masa asasi tu saya kena belajar bersungguh-sungguh laa dan dapat pointer tinggi untuk dapatkan biasiswa. InsyaAllah saya B.O.L.E.H!!!
IPG pula "BAHASA ARAB" subjek bahasa yang paling saya suka taw.huhuhu abah, umi, pak saudara, mak saudara, jiran dan semua laa (yang dewasa laa) suruh saya pergi IPG tu. Pergi kalau dapat laa. Insya-Allah!!!!!
Sekarang ni saya pening dan 50-50 ok. Tapi hari tu saya dah wat istikharah. Saya mimpi BAHASA ARAB!! huhu apa daaa dah mimpi padahal benda belum tentu lagi dapat ke tak.hahaha UIAM nak.. IPG pun nak kalau dapat.hihihi Rasa macam tamak laa pula..hihihi tapi saya kena pergi UIAM dulu baru laa keputusan IPG tu keluar. UIAM daftar 3/6, keputusan IPG 5/6. Burn macam tu jea RM550. huh
Apa pun saya harap Allah bagi petunjuk yang terbaik untuk saya sebab hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk dirilku ni. Ya Allah bantu lah hamba mu ini.. :)
Ok laa sampai kat sini jea laa..
SALAM UKHWAH.
^_^ \/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam akak. Boleh x akak kongsikan suasana ketika temuduga IPG bidang Bahasa Arab. Ada x soalan susah dalam bahasa Arab? Harap akak dapat kongsikan. Terima kasih. :D
ReplyDeleteassalamualaikum akak, masa interview ipg tu ada ujian amali utk bhs arab ke? boleh cerita sikit x?
ReplyDelete