Pink Lollipop

Saturday, January 12, 2013

boleh ke saya stop??

Asssalamualaikum awok-2 semuo.
Awok sihat dop??? Kalu dop gak gi klinik deh. *ayat dalam surat cinta masa kecik-2 dulu
Awok. Sayo dop tahu laa sayo ni kalu bab make gak besu *bersungguh 
Tabiat pemakanan ni keturunan jugak ke?? Sebab nenek saya belah ayah saya makan banyak nenek saya belah ummi pun makan banyak jugak. Aiihh memang keturunan laa ni. Sekarang ni masih lagi cuti sem. Ok cuti bermula sejak raya haji lagi. Dah 3 bulan dah berlalu. 20hb Januari ni baru bukak sem. Sepanjang cuti sem ni keje saya ni makan jea lebih. tak makan tidur. online?? jarang-2 dah sebab fb saya dah deactivate dah. padan muka kau! bhahaha K sambung pasal makan. Saya rasa perut saya ni memang besar kot. Sebab biar pun lepas makan nasi tapi masih lagi boleh sumbat benda-2 lain. Kalau ikutkan statistik selera makan yang saya bayang. Selera makan ni semakin meningkat tak pernah turun-2 pun. Kalau tak turun ia mendatar laa pula. Haishh macam mana ni?? Berat pun rasa-2 dah semakin naik dah. Hari tu berat masa nak operate aitu 46kg jea. Waah ringan kot. Bulan lepas timbang 49kg. Naik 3 kg dooo. Pipi pun rasa macam makin tembam. Lipatan di perut semakin bertambah. Tinggi tak laa pulak bertambah. -.-"
Aaaaaa TAK NAK jadi cik muk. Nanti tak comel. TAK NAK! Ok azam baru kali ni nak diet dah. Tak nak makan BANYAK dah! janji! Boleh ke ni?? InsyaAllah. Saya akan cuba. Saya akan buat tabiat buruk tu. Tabiat makan banyak dan tak boleh tengok makanan sedap-2. Tak bagus ok makan banyak ni sebab mengundang banyak penyakit. Kalau makan sayur banyak tak apa laa juga ni makan lauk banyak.
Ok laa itu sahaja coretan saya setakat ni. InsyaAllah post seterusnya sambungan yang pasal sakit tu. Maaf jikalau ada salah dan silap.
doakan yang tebaik untuk saya, awak dan semua laa.
Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah. tataaa~

Sunday, January 6, 2013

Nikah khitbah..^^

Assalamualaikum w.b.t.
waaaah tajuk nikah kot. Biar betul. Umur 19 tahun cakap pasal kahwin. eh-2 19 tahun dah ke?? almaklum laa dh semakin tua kan. tua??ehem. Orang kata tua-2 ni laa baru boleh kahwin. *gatal noksss. Tak tahu laa kenapa saya rasa macam berminat sangat-2 dengan nikah khitbah ni atau nikah gantung ni. Rasa macam sweet jea. aaaaaaaaa nak kahwin. *erkk teruk ke??


Hari tu saya ada terdengar radio dalam kereta pasal nikah khitbah ni. Lepas dengar tu rasa macam terus berminat laaa dan terus simpan angan-2 nak nikah khitbah. Kalau laa abah baca post ni???ngeh3 Ustaz tu cakap nikah khitbah ni kita nikah macam biasa cuma si mempelai tu lepas kahwin duk asing-2 yang tu jea beza. Kebanyakan nikah khitbah ni berlaku sebab si mempelai tu masih lagi belajar dan tak mampu lagi nak tanggung si isteri ni. Nafkah 100% lagi di bawah tanggungjawab bapa. Tempat tinggal, makanan, pakaian, pembelajaran semua bapa si gadis tu yang tanggung. TAPI nafkah tu akan jatuh dan WAJIB kepada si suami bila si isteri tu dihantar ke rumah dan masuk ke dalam rumah si suami. Ustaz yang dalam radio tu cakap lagi nikah khitbah sangat-2 digalakkan dalam kalangan orang melayu kita ni. *lagi laa saya suka. sebab kat malaysia ni memang jarang sangat laa dengar pasal nikah gantung ni so better kita memperkenalkan ia. Kalau dengar pun geng-2 ana anta jea tu pun jarang-2. Kalau di negara arab benda ni dah jadi benda biasa dah pasal nikah khitbah ni. betul ke? saya pun tak tahu tapi ustaz tu yang cakap saya just rewrite jea.

Bila nikah semuanya jadi halal. Sweet kan?? Nak bergayut dengan si suami lebih-2 pun tak apa. Bila keluar nak pegang-2 tangan pun tak apa. Dating halal. Lepas tu bila senyap-2 tiba suami hantar mesej. dah makan ke??sihat ke??abang rindu sayang. aaaaa sweet-2. Bila dah terlanjur pun anak tu tetap anak halal. See islam itu mudah dan indah lagi. Subhanallah. Nikah khitbah ni ganti kepada couple. Kalau kita tengok orang lain yang couple tu sweet jea kan tapi apa yang mereka lakukan semuanya haram kalau mereka dah kahwin automatik semua yang mereka buat halal.

Tapi sebelum kita bertindak untuk kahwin khitbah ni, kita mesti fikir panjang dulu kena bincang dengan keluarga dua-2 belah pihak. Jika dah sama-2 setuju so satukan laa mereka kan? Apa pun kita doakan yang terbaik laa untuk kita semua. Doakan saya bertemu jodoh yang baik yea. Suami yang mampu membimbing saya ke arah jalan yang benar sekaligus menjadikan saya sebagai isteri,anak dan ibu yang solehah. Amiinn. Semoga diperkenankan. Walau apa pun fokus utama saya ialah belajar tapi jika saya ditakdirkan untuk berkahwin sambil belajar ni atau nikah khitbah. InsyaAllah saya terima.

Saya akhiri dengan video dari ustaz azhar idrus pasal nikah khitbah ini.
maaf jika ada silap dan salah. kalau ada silap tegur ok. jangan segan dan silu.
Assalamualaikum. w.b.t
salam ukhwah~ ^_^