Pink Lollipop

Thursday, November 8, 2012

Sakit!!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan saya pun selamat dari ketumbuhan yang tidak memberi manfaat langsung  kepada saya. Hari ni saya nak kongsi bukan sedikit dan banyak kot. Hehehe Ok jom.

Segalanya bermula pada tarikh 23.10.12 pagi tu saya bangun pukul 5 lagi sebab nak kejutkan kawan saya yang kena siap awal-2 sebab abang dia nak hantar dia balik naik flight lepas subuh lagi. Lepas subuh tu saya sorang-2 jea ada dalam bilik tu sebab yang lain dah check out dah. Yea laa kan cuti sem. So bilik tu memang  tinggal barang-2 saya jea laa. Usai solat subuh semua, perut saya belah kanan terasa amat-2 sakit tak tahu nak explain macam mana rasa sakit tu. Hari tu jugak laa saya exam physics 1 pukul 9 pagi. Tepat pukul 8.30 pagi tu saya call classmate saya yang duduk satu bangunan dengan saya minta minyak. Fini pun datang kat bilik saya bagi ubat tu, usai sudah sapu ubat saya gagahkan diri saya untuk pergi exam. Jujur saya cakap time tu memang rasa sakit sangat-2 nak jalan pun tak larat.


"Nabiilah kuat, nabiilah kuat, ya Allah tolong lah hamba mu ini. Allahuakhbar!!!" hanya kata-2 tu yang mampu saya ucapkan. Saya teruskan perjalanan saya. Alhamdulillah sampai juga di dewan al malik faisal. Sampai kat situ saya langsung tak kisah pasal revision yang saya tahu cepat laa habis exam. Ya Allah memang tak larat dah rasa. Memang kat luar dewan tu saya duduk jea tak larat nak berdiri. Masa exam tu saya jawab setakat yang mampu jea. 3 jam bertarung dengan ilmu ditambah lagi dengan rasa sakit tu. Tapi bila duduk lama-2 kat atas kerusi tu saya rasa dah kurang sakit laa pulak. -.-' hahaha pelik.



Yaey MERDEKA!! rasa sakit pun dah kurang. Alhamdulillah. Habis jea exam saya terus balik ke mahallah pergi kiosk beli sebotol kecil minyak angin cap kapak, sekeping cadbury (hajat di hati nak bagi kat seseorang), dan senaskah akhbar metro. Selera time tu memang pelik, biasa-2 saya akan beli nasi tapi hari tu tak. Maybe sedih sebab kena tinggal kat roommates sorang-2. Entah laa labu. Disebabkan rasa sunyi tu terlalu tinggi saya pun lepak sorang-2 kat depan mahallah khadijah tu. Bila rasa dah bosan lepak tu saya naik ke bilik saya.



 Time ni laa saya menangis teresak-esak *tak nak cerita kenapa.kalau boleh tak nak ingat. Pelan asal malam tu nak tidur kat mahallah zainab dan malam keesokannya balik kelate naik bas kat putra. TAPI semuanya telah berkucai. Saya balik dengan pak saudara saya malam tu jugak. Alhamdulillah selamat sampai kat kelate pukul 2 pagi. Pukul 1230 tengahari *time nak mandi tiba-2 perut saya rasa sakit lagi. ya lebih sakit dari semalam sampaikan saya tak boleh jalan langsung tapi saya gagahkan diri ini untuk masuk ke bilik saya.


Tahan punya tahan sampai laa saya meraung panggil ummi saya. "ummi!! sakit sakit sakit" ummi cepat-2  datang ke bilik saya lepas tu terus call abah saya. Alhamdulillah time tu abah saya kerja kat pejabat dia. Ummi dan abah papah saya masuk dalam kereta. Nak jalan?? memang tak boleh. Sampai laaa kat klinik perdana. Abah saya tak nak bawa saya pergi kat kecemasan sebab lambat katanya.


Ok time ni rasa lawak pun ada geram pun ada. Saya tengah sakit-2 nih baru jea duduk atas kerusi dalam bilik doktor tu abah saya terus cakap kat doktor yang saya hari tu dapat bla bla bla tapi tak pergi. Doktor nih pulak jenis naik hangin selalu bila cakap pasal kerajaan-2 nih. Sambil-2 tu boleh lagi dia cakap "insyaAllah ni bukan apendiks kemungkinan air kencing kotor."
Rasa nak tampar jea doktor tu *aku yang tengah sakit tahap kritikal nih dia boleh lagi borak-2.huh dugaan-2. Dia cek perut dia kata air kencing kotor lepas tu dia cocok saya weh dah laa kat bontot.


Erghhhh sakit. :(
doktor tu cakap kalau sakit lagi dan muntah-2 kena bawa pergi hospital.


Petang tu,........
to be continued
k kite sambung esok-2 laa pulak lenguh tangan nak menaip nih.panjangggg lagi cerita nih. hihihi
tata~
salam ukhwah.. ^_^