Beberapa hari yang lepas saya telah mendapat jemputan ke majlis anugerah dhabitoh cemerlang pada hari khamis hari tu kat dewan Asma' Abu Bakar,Maahad Muhammadi (P). Waah bangga siap cakap lagi nama sekolah tu.hehehe. Tapi tak pergi pun sebab jauh laa sekarang ni duduk kat Gua Musang. Untuk awak-2 yang tak tahu apa tu dhabitoh??? Dhabitoh ni dalam bahasa arab, maksud dia pengawas sekolah laa..
Eh kejap!! Hah????dhabitoh cemerlang????bhahahaha eyuwwww..Maybe dijemput ni sebab saya dapat 9a spm kot. Sebenarnya kan saya pun pelik juga macam mana laa saya terpilih jadi dhabitoh ni.huhuhu Ingat lagi masa dapat memo dari Badan Disiplin(BD), masa tu waktu pagi, saya baru je masuk kelas dan duduk tempat saya. Tiba-2 kawan saya, Salimah datang kat saya bagi memo tu kat saya. Dia cakap ada orang bagi. Saya pun baca.TAHNIAH!!!ANDA DIJEMPUT HADIR KE TEMUDUGA DHABITOH SESI 2011 dan bla-2 lupa laa dia tulis apa lagi.huhu sorry ek..
Masa temuduga tu pun saya main hentam jea jawab. Seyes tak tipu pun taw. Lepas beberapa hari tu ada sorang dhabitoh ni datang ke kelas dan cari saya cakap pukul 12 karang ada perjumpaan. Dah laa dia tak cakap perjumpaan apa, dia just cakap ada perjumpaan je dan terus bla macam tu jea. Ok, saya pun pergi. Masa sampai kat dewan tu nampak macam pelik jek sebab nampak semua macam budak skema jea yang ada dalam dewan tu. "aih tak kan laa orang macam aku ni terpilih jadih dhabitoh???dah laa aku ni perangai gila-2. Aaah masuk je laa."<-- monolog dalam hati.
Tak lama lepas tu ustazah Roszila pun berucap cakap "TAHNIAH, anda semua adalah bakal-2 dhabitoh mmp 2011". Masa tu terlopong mulut saya dengar ayat tu. PAPPP!!! ambil kau bilah kau jadi dhabitoh!!!tu pun 50/50 lak rasa sebab fikir tahun ni dah last dah tambah-2 SPM lak. Nak ke tak nak. Last-2 pilih nak juga tu pun ada 2 sebab. Sebab pertama, nak ambil pengalaman jadi dhabitoh kat sekolah yang elit,elit laa bagi saya. Sebab kedua, ofcourse laa sijil dia tu. eeee teruk betul laa Bilah ni. Apa daaaa!!!!
Ok masa-2 mula jadi dhabitoh ni memang saya skema gila laa sampai kawan saya, Farah yang pakai jam besar tu pun tegur.hahaha kalau fikir-2 kan semula memang lucu laaa. Lepas lama-2 tu tiba-2 laa pula saya rasa yang saya ni dah tak macam dhabitoh pun. Ye laa tengok barang haram yang kawan-2 bawa tu pun buat bodoh jea. Bukan apa malas laa nak jadi skema sangat tapi kalau dah melampau tu baru laa saya akan ambil tindakan.
Best ke tak jadi dhabitoh ni hah???Saya pun tak tahu. Saya rasa macam biasa jea. Ok laa maybe sebab pakai baju hijau kot. Part yang tak boleh lupa time saya dan mc tin, kawan saya naik tempat haram pantai timur sebabnya mc tin nak butterscotch. Tengah syok-2 gelak, tiba-2 time tu geng-2 dhabitoh wat spotcheck kat tempat haram. Saya pun nampak dua orang dhabitoh tu lalu kat depan saya. Saya pun cepat-2 tarik mc tin lari keluar pantai timur tu. Fuhhh lega nasib baik tak terkantoi. Kalau terkantoi hari tu tak tahu laa saya. Teruk-2..hehe
Ok laaa dah penat dah nak citer pasal dhabitoh ni sebab kalu nak citer pasal ni memang panjang berjela laaa. Nah tengok laa pic saya time pakai baju dan tudung hijau tu.
Lawa tak???hahaha mesti laa lawa sebab dapat aura budak lawa yang sebelah tu..hehehe
pic ni diambil seminggu sebelum exam SPM taw.taken by raidah(ketua kelas)
Ok laa cukup laa tu..tadaaaa~
Salam ukhwah... [^_^]\/